Pengorbanan..... Marilah kita korbankan sesuatu yang menghalang kita dari mencapai kejayaan, berapa banyak diantara kita korbankan sesuatu yang penting untuk mendapat sesuatu yang lagi hebat. Biarpun pengorbanan itu sangat sakit, tetapi itulah yang membolehkan kita berfikir, apa yang harus kita ubah dalam hidup ini. Adakah anda pernah korbankan sesuatu yang memberi anda banyak kegembiraan dan juga kesakitan. Ada suatu kisah, kisah yang membuakan aku terfikir, berfikir untuk memahaminya, untuk mempelajarinya dan untuk mencubanya...mungkin.



           Alkisahnya, seorang lelaki telah mencintai seorang wanita. Pada awalnya dia hanya memandang wanita itu sekadar seorang wanita yang biasa, bukan wanita istimewa. Sampailah suatu hari dia sempat untuk berbual dengan wanita tersebut atas urusan kerja. Pada hari itulah dia merasakan dia suka wanita ini. Pada awal perkenalan , dia melayan wanita itu teruk sekali, itu pertama kali dia melayan perempuan seperti itu. Lelaki itu takut, perasaannya bakal menyakitkannya sekali lagi. Tetapi, walau apapun yang lelaki itu lakukan, dia tersedar yang dia telah jatuh hati. Lelaki itu ambil keputusan untuk rahsiakan perkara ini. Dia langsung tidak ceritakan perkara ini kepada kawan-kawannya.


    Lelaki itu tahu dia hanya tepuk sebelah tangan, dia sedar tentang itu walaupun hatinya terluka. Dia sedar dia tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu banyak mengubah personaliti lelaki itu, ubah pemikiran lelaki itu. Lelaki itu juga mengetahui bahawa wanita itu suka lelaki lain iaitu sahabatnya. Sahabat lelaki itu hebat sekali, sesuai dengan wanita itu. Akhirnya lelaki itu ambil keputusan untuk membantu wanita itu, membantu satukan dia dan sahabatnya itu. Lelaki itu hanya tersenyum mesra disaat usahanya terjawab. Akhirnya dia berkata

" Anda faham apa itu cinta sekiranya anda membiarkan seseoarang yang anda cintai itu tersenyum gembira walaupun anda tahu anda bukan sebahagian dari senyumannya itu...."



   Lelaki itu belajar untuk korbankan perasaannya, akhirnya dia.......................adakah dia berjaya.? Berjaya atau tidak dia harus lupakan perasaan itu....



Pendapat saya, inikah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW supaya seseorang itu kahwin awal. Supaya dia tidak terpengaruh dengan perasaannya. Supaya seseorang itu boleh berfikir secara waras. Perasaan sangat bahaya, terutamanya yang melibatkan perasaan cinta antara lelaki dan perempuan. Ada manusia yang boleh mengawalnya, tetapi bagaimana mereka yang susah untuk mengawalnya. Adakah mereka perlu berfikir untuk hilang ingatan............

Ya Allah, bantulah semua manusia yang menghadapi masalah perasaan, sedarkanlah mereka bahawa ada sesuatu yang lagi penting untuk dicintai dan disayangi.













Ulasan

Catatan Popular