Harapan, sering sekali terbaca kata-kata yang berkaitan harapan, betulkah kita tidak perlu berharap untuk orang lain? Harapan untuk gembirakan kita?Harapan untuk naikkan semangat kita? Bagi penulis, saya setuju kerana hidup ini kita tidak perlu terlalu berharap dengan orang lain, kerana setiap manusia juga mempunyai masalah masing-masing......Betulkah manusia itu pentingkan diri sendiri? Tapi ingatlah Allah akan membantu kita selesaikan masalah kita sekiranya kita membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka..
" Do not expect anything from anyone, even your shadow leave you behing when you in darkness.."

Pernahkah anda bertemu dengan insan yang sangat takut kepada manusia? Dia lagi seronok berseorangan...Kerana berseorangan membuatkan dia selamat. Selamat dari pemikiran sempit manusia.Mungkin.

Mungkin suatu masa dulu, dia pernah disakiti oleh manusia sehingga dia berfikiran seperti itu? Mungkinkah dia sedang menuggu seorang insan untuk mengubah pemikiran yang dia simpan selama ini....? Atau dia berputus asa berharap bantuan orang lain, berputus asa untuk berharap...?

Berusahalah untuk bangun sendiri, kadang-kadang kita tidak perlukan orang lain untuk bangun, kita tidak perlukan seseorang untuk naikkan semangat kita, kadang-kadang kita tidak perlukan seorang insan untuk sedarkan kita... kerana takut kesedaran itu palsu..........Tetapi seandainya di dalam perjalanan hidup anda, anda terjumpa seorang kawan yang mempunyai masalah hampir sama dengan masalah anda, bantulah dia untuk sedar sendiri......... Kita tidak perlukan orang lain untuk sedar, kita hanya perlukan badan kita sendiri untuk sedar..
Betulkah ayat di atas? Betulkah ada insan di dunia ini berusaha untuk senyum disaat hatinya hendak menangis?Betulkah ada insan yang berusaha untuk ketawa disaat hatinya terluka? Betulkah orang yang banyak tidur mempunyai masalah yang membuatkan dia berputus asa untuk menghadapi realitinya?

Ulasan
Catat Ulasan