Assalamu'alaikum, diucapkan sebagai pendahuluan malam yang menanti semua manusia untuk melayan mimpi yang teringin dimakmulkan di dalam dunia realitinya.Walaupun mimpi sekadar fantasi yang hanya muncul apabila tidak diperlukan tetapi ada kalanya mimpi juga akan muncul apabila seseorang teringin mengetahui pemilihan yang tepat. Indahnya bulan disaat matahari menghilangkan dirinya, indahnya bulan disaat ia purnama dan kesiannya matahari di saat ia keluar dan memancarkan cahaya dengan kelajuan yang mengagumkan untuk muncul di tanah bumi. Apabila matahari sampai kemuncaknya, manusia pun kekadang terlupa dengan jasa baik matahari yang sering berkongsi cahayanya kepada bulan agar manusia melihat bulan dengan penuh bermakna.
Manusia mempunyai pelbagai ragam, ragam inilah yang boleh dijadikan pengajaran kepada insan yang berfikir, tetapi malangnya adakalanya ragam manusia disalah ertikan, hinggalah si insan itu terpaksa pendamkan personalitinya agar dia diterima oleh masyarakat. Harus diingat susah untuk berlakon, walaupun lakonannya tiada orang yang peduli, tetapi lebih baik untuk menjadi diri sendiri. Sekiranya anda ragu-ragu dengan diri sendiri, maka tunggulah orang yang bakal menyakinkan anda bahawa "be yourself" adalah yang terbaik walaupun akan ada pihak yang memandang anda dengan sebelah mata dek kerana personaliti anda. Karakter inilah yang membezakan anda dengan orang lain, oleh itu jadilah diri anda sendiri disaat dunia hendak mengubah karakter anda. Pastikan masyarakat tidak mempengaruhi anda kerana takut anda berubah menjadi jahat kerana hati boleh memberontak disaat semuanya menyakitkan pemikiran dan juga perasaan anda.
Ada kalanya kita harus terima apa yang hati terus menerus menolaknya. Marilah kita gembira disaat hati nak menangis, marilah kita tersenyum disaat semuanya lari dari perancangan , marilah kita tertawa disaat mata hendak mengalirkan airnya, marilah kita bangkit disaat kita terjatuh walaupun payah untuk naik semula, tetapi itu bukanlah alasan yang harus digunakan untuk selalu mengalirkan air mata yang tidak boleh kering. Adakalanya ada perkara yang harus kita terima bukan untuk memahaminya. Jangan jadi jahat disaat ujian kearahmu kerana itulah jadikan kita manusia yang berfikir, marilah berfikir agar kita boleh bangun disaat tiada orang disekeliling kita untuk temankan, temankan hati yang terlena dengan kehancuran personaliti. Sayang diri anda dan jangan jadikan ia sengsara hanya kerana masyarakat menolaknya. oleh itu marilah kita berbakti kepada masyarakat agar benda yang tidak perlu difikirkan dapat dilupakan. Benda yang perlu diterima dapat diterima dan benda yang perlu difahamkan dapat difahamkan..
Penting sekali, janganlah dilupakan mereka yang telah korbankan banyak perkara dalam hidup anda. Ibubapa anda, mereka lah yang tidak pernah jemu memanggilmu, merekalah yang tidak jemu memberimu nasihat, mereka lah kawan dan sahabat yang terhebat. Ingat disaat anda gembira mereka ada disisi, disaat anda menangis suatu saat dulu merekalah yang menggembirakan anda. Hargailah mereka disaat mereka masih disisimu janganlah abaikan mereka kerana itulah perkara yang teruk sekali. Perkara yang boleh menghilangkan kasih sayang yang telah lama hilang dalam masyarakat dizaman ini. Doakanlah mereka agar mereka bahagia di dunia dan di akhirat kelak.
Kawan, ramainya kawan untuk bergembira, untuk gelak bersama, tetapi disaat pendapat berbeda, disaat itulah mereka akan membuat muka yang pelik sekali. Disaat itulah mereka akan terfikir benda yang lain yang boleh menghancurkan norma persahatan yang telah terjalin. Mungkin kita harus mengalah agar persahabatan boleh dikekalkan walaupun kita rasa sakit. Tapi ada kalanya hati lebih suka untuk bersendirian kerana penat untuk berlakon kepada dunia, penat dan letih disaat perasaan membelenggu diri. Tetapi itu bukanlah alasan utama untuk bersendiria, kerana ada alasan yang lebih utama lagi yang tidak perlu ditaip. Perkara yang boleh mengubah personaliti dan pemikiran kepada perkara yang lagi advance untuk dipersoalkan dalam minda yang terasa sakit.
Bagaikan bunga yang ditemani oleh seekor rama-rama, bagaikan matahari yang ditemankan oleh planet lain, dan juga bagaikan hati yang ditemani oleh akal. Ada kalanya salah satu akan menang tetapi bukanlah bermakna mereka akan melawan arus yang telah ditetapkan. Bagaimana pula seandainya rama-rama tinggalkan bunga bersendirian disaat bunga memerlukan dirinya, jangan risau kerana di dunia ini bukan hanya satu rama-rama sahaja yang boleh menemani bunga.
Salam pengakhiran diucapkan agar semuanya dihuraikan oleh minda yang asyik terlena oleh lagu yang melayan hati, lagu yang ada kalanya membantu untuk bangkit walaupun hanya sementara.

Ulasan
Catat Ulasan