KETIPUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI 

       Assalamualaikum, pembuka kepada perbincangan yang hanya difahami dan diminati oleh orang tertentu sahaja. Banyaknya kesalahan yang dilakukan kepada seorang insan yang bergelar teman, maafkan sekadar menipu dalam whatapps, maafkan sekiranya jadikan si dia sebagai tempat meneduh tipu daya oleh perasaan, maafkan dan dia mungkin tahu itu sekadar pandangan yang hanya membingungkan dan membuatkan perasaan "awkward" berleluasa apabila tertemu nanti.


       Banyaknya kesalahan yang boleh dipelajari supaya tidak diulangi lagi, tetapi sesaat perasaan pelik muncul malangnya ia mungkin berulang lagi. Secara realitinya, adakah semua manusia senang hendak belajar dari pengalaman yang dilalui disaat mata hampir basah, dan disaat semuanya lari dari fantasi yang menghalang hati daripada terima kenyataan yang menyakitkan. Susahnya, tetapi itulah manusia akan mencari orang lain untuk menutup kesedihannya dan dia tidak pula ingat bahawa tipu daya itu bakal menghancurkan nilai persahabatan. Maafkan jadikan diri sendiri tertipu dan tertipu juga orang sekeliling yang hanya menjadi panggilan yang bodoh. Maafkan disaat terluka jadikan dia tempat meluahkan perasaan yang tidak layak untuk dia. Perasaan yang terpendam yang hanya diungkapkan dalam whatapps sekadar tipuan yang tidak untukmu tetapi untuk orang lain yang telah lama hilang dari pandangan mata yang hampir layu dek kerana muramnya mendung yang bakal menjatuhkan airnya.


      Rupanya hendak korbankan sesuatu perlukan keberanian yang susah untuk didapati, kerana perlukan korbankan apa yang telah sebati diri dan jiwa. Maka apabila korbankan ada yang tersakiti dan ada juga yang gembira. Indahnya lagu yang telah melayan sekerat jiwa dan perasaan yang susah untuk melihat realiti yang menyakitkan kerana fantasi begitu indah melakonkan layarnya disebalik mata yang memandang. Maafkan sekiranya salah satu pengorbanan begitu indah walaupun realiti disembunyikan, maka akan lahirlah kecelaruan yang bakal melanda dan menyebabkan jiwa lari dari badan kerana membenci badan yang telah menemaninya lagi. APABILA AYAT YANG HANYA BAKAL DIFAHAMI OLEH ORANG TERTENTU SAHAJA, maka semuanya bakal menjadi kebosanan kepada mereka yang membaca tanpa memahaminya. Itulah niat penulis, supaya tidak disalahfahamkan.


       Apabila kegembiraan menguasai diri maka kesedihan bakal dilupakan, tetapi apabila kesedihan yang menguasai diri maka kegembiraan dicari-cari agar sentiasa kekal dalam sanubari. Gembiralah disaat boleh gembira kerana kegembiraan itu hanya bertahan untuk seketika dan bakal diingatkan mungkin suatu hari nanti. Walaupun ayat berluasa ketika hati tidak menentu maka lahirlah ucapan yang pelik yang bisa diungkapkan dan difahami oleh seorang yang lahir dari fantasi. Fantasi yang begitu indah membuatkan diri terbuka untuk difahami walaupun balik semula kepada anonymous yang mendatangkan kegembiraan yang menguasai realiti dan fantasi. Adakalanya cerita tiada orang yang bakal dengar, itulah menjadi petunjuk untuk menutup semua buku yang cuba dibuka oleh orang tertentu. Maka tutuplah serapat-rapatnya sehingga tiada orang di dunia ini pun yang layak untuk membukanya. Hanya sekadar senyuman yang dibuka tetapi bukan yang  mendalam dari segenap buku yang telah tertutup...


Sekian kepada kemaafan yang telah dilakukan.



"Tidak mengharapkan apa-apa pun cuma malas nak simpan, bye, bye" Ayat inilah telah menjadi kesalahan  yang telah ditaip kerana hendak lari dari realiti yang telah dilalui, maafkan dia disaat semua tertipu akan ayat.ini. Sekian .....
















       

Ulasan

Catatan Popular