Ayat yang Hilang
Salam pagi, di bulan yang mulia ini, pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk manusia kembali kepada fitrah. Di bulan ini, banyak pengajaran yang boleh diambil untuk dijadikan ikhtibar oleh semua manusia.
Ayat, ayat itu bagaikan pedang, jika disalah guna maka akan menjadi senjata yang tidak berguna. Oleh itu gunalah senjata ini untuk menjadi manusia yang berguna. Manusia mempunyai pelbagai karakter dan pelbagai pendapat, tetapi itu bukan penghalang untuk manusia bersatu. Di duinia ini, ramai manusia yang "open minded", tetapi malang sekali kerana mereka dikililingi dengan manusia yang "super hyper close minded".
Ada sebuah cerita, cerita yang datang kepada penulis disaat otak pening dengan permainan minda.
Cerita ini mengisahkan seorang manusia yang mempunyai fikiran open minded. Tetapi dia fed up dengan manusia sekelilingnya. Tetapi yang lagi penting dia fed up dengan dirinya. Apabila hati penuh dengan kegelapan, maka kegelapan itu akan menguasai, malang lagi apabila hati tetap akan jatuh sejatuh-jatuhnya. Maka muncullah pemikiran yang boleh menyedihkan hati yang sakit dan menjauhkan impian yang diwarisi sejak zaman kanak-kanak. Idea pun datang dan bernyanyi menguasai minda yang sedang dipenuhi dengan ilmu...... ilmu yang memberi harapan kepada impian dan senyuman kepada hati yang terus dicari....... Nyanyian itu berbunyi....
"Wake up?? Untuk apa aku wake up? Bukankah tidur dengan alunan fantasi lagi seronok daripada alunan realiti?
Bukankah realiti itu menyakitkan?. Lihat saja apa yang berlaku di dunia di saat ini.. Lebih baik aku tidur balik...Lebih baik aku kejar apa yang manusia lain kejar.. Buat apa aku hendak tahu apa kuasa besar nak lakukan keatas dunia ini... Lihat saja orang disekelilingmu.... Adakah mereka tahu teori kontoversi yang dilakukan oleh kuasa besar itu... Tidak , tetapi mereka lagi seronok dari engkau wahai badan, so apa tunggu lagi...sediakanlah bantalmu dan kembali tutup matamu yang sedang berusaha untuk bangun.... good luck..."
Akhirnya dia pun tutup matanya dan terus tersenyum..(mungkin)... melalui kehidupan yang telah direncanakan ......
Ulasan
Catat Ulasan