Mata virtual

Objek,
dikau bergerak hampir dengan kelajuan cahaya,
keranamu,
mata tertipu dengan pandangan,
diingatkan dikau menjadi kecil,
tetapi,
permainan mata yang menguasai,
sekiranya dipandang,
benar dikau menjadi kecil,
adakah kerana daya lain?
Adakah zarahmu dipengaruhi oleh sesuatu?
Atau kerana pusingan badanmu?
Kerana mata,
ku lihatmu hampir tertipu,
tetapi minda juga bermain,
mengikut rentak mata.
Itulah realiti?
Umpama ahli falsafah yang mengkaji realiti,
adakah realiti wujud kerana mata?
Objek wujud kerana mata yang memandang?
Adakah bulan akan hilang sekiranya manusia berhenti memandangnya...?

Ulasan

Catatan Popular