Cerita si sang pencerita


Walaupun semangat nak hidup telah lama hilang tetapi usaha tetap dijalankan agar harapan yang telah lama hilang akal muncul kembali menemani hari yang telah lama suram dengan idealisme yang merosakkan. Inikah yang dinamakan pemikiran radikal di zaman remaja? Pemikiran yang mencari sesuatu agar boleh memberi kebahagian hidup. Apa yang perlu dilakukan sekiranya duit, power, populariti tidak menjadi pilihan hidup, atau adakah perlu belajar meminatinya kerana itu benda asa kehidupan manusia?

       Pelbagai usaha telah dilakukan agar boleh mengambil harapan tersebut tetapi akhirnya harapan tersebut bertambah hilang dan hati kembali dipenuhi oleh warna kegelapan malah lebih teruk dari kegelapan kerana ia telah terjadinya black hole kerana space di hati menjadi padat lalu terjadinya black hole, dan hole tersebut langsung tidak membenarkan cahaya lari darinya. Adakah hati seperti itu? Singularity of space? Usaha apa lagi hendak dilakukan, atau kerana tiada perasaan istiqamah dalam melakukan usaha tersebut? Mungkin……

      Ada manusia katakan di dunia ini manusia tidak boleh berasa bosan kerana dunia ini infinity, Pemikiran yang infinite, pengalaman yang tiada penghujungnya, manusia dan kawan yang tiada akhirnya, perasaan yang berganti-ganti mewarnai kehidupan, tetapi kenapa kebosanan itu mengganggu jiwa. Kenapa semua perkara dirasakan bosan? Ada juga manusia katakan bahawa  jangan terlalu memikirkan falsafah kehidupan kerana hanya membuang masa, benarkah? Atau adakah perlu hati diselaputi kegelapan agar tidak lagi berfikir perkara yang boleh menghancurkan? Tetapi kenapa kegelapan?  Warna putih?

     Disaat lagu didengari, semua realiti menjadi fantasia sehingga melupakan realiti, tetapi disaat muzik habis maka fantasia itu dibenci sehingga realiti pun menjadi bosan, kenapa? Disaat realiti dirasa bosan maka berubah menjadi virtual tetapi disaat virtual dicintai malangnya perasaan akan memberi alasan agar virtual juga dirasakan bosan, kenapa? Apa yang harus dilakukan dengan perasaan bodoh tersebut? Adakah perlu terimanya dan berpura-pura tersenyum bagaikan fantasia menjadi realiti? Atau berusaha mencarinya ? Berusaha, bukannya malas nak berusaha tetapi cuma takut usaha itu adalah sia-sia dan membuang masa kerana usahakan sesuatu yang mustahil dicari jawapannya, benarkah?

   Realiti yang telah lama dihadapi sehingga malas lagi hendak bangun menghadapinya, dan terus tertidur disulami fantasia  yang memberi senyuman, tetapi akhirnya menghancurkan realiti dan pada masa yang sama menghancurkan fantasia . Disaat virtual datang mengucap salam, mulut dengan senyuman palsu membalasnya, dan menerima virtual tersebut. Dan seperti realiti dan fantasia, semuanya palsu memberi senyuman yang sementara, sehingga virtual dibuang tetapi tidak tahu apakah perlu dibuang atau disimpan dan diusahakan agar menjadi hebat dan mengembalikan perkara yang telah lama hilang, benarkah? 

   Adakah sesiapa yang tahu jawapannya? Atau semuanya adalah jawapan palsu yang hanya disulami dendam, benci dan juga perasaan hebat dikalangan manusia? Adakah kau memberi jawapan untuk membantu atau hanya menurunkan lagi harapan yang telah lama hilang? Harapan , apa itu harapan?
Mungkin kau tahu jawapannya tetapi kau memberi bantuan palsu menggunakan ayat yang indah agar kau boleh mempengaruhi manusia, benarkah atau ini sekadar ilusi manusia? Atau hati ini memang dah terlalu gelap sehinggakan semuanya negatif dipandang? Atau ini menunjukkan yang hati telah lama disembunyikan agar tiada sesiapa yang boleh membantunya kerana takut semuanya adalah palsu buatan manusia?

      Kenapa pemikiran ini muncul? Adakah perlu dicari jawapannya atau dibuang jauh-jauh agar persoalan tersebut hilang? Hilang dari pandangan tetapi berbintik hitam di hati, adakah seperti itu? Adakah kau akan menghancurkan titik hitam tersebut atau membantu mewarnakannya dengan warna putih atau kau akan membantu menghilangkannya agar hati kembali kepada asal? Asal? Perlukah ia diwarnakan semula atau sekadar membuangnya dan apa? Apa yang perlu dilakukan agar semua ini hilang, bukan sekadar hilang dari pandangan tetapi juga hilang dari hati, jiwa, dan juga pemikiran?

    Adakah kesimpulan perlu diambil sebelum berusaha atau kesimpulan akan datang disaat usaha dilakukan atau kesimpulan akan muncul disaat usaha telah dilakukan dan tinggal hanyalah keputusan, keputusan yang menggembirakan atau kesedihan atau kesedihan itu hanya mengajar erti kesabaran dan kegembiraan? Benarkah manusia itu tahu erti gembira kerana dia telah lama tahu erti sedih? Benarkah manusia  akan  tahu erti kejayaan kerana dia telah lama tahu erti kegagalan? Atau itu sekadar ayat untuk menyedapkan hati yang telah lama hilang rasanya?

    Kenapa ada lagu yang menggembirakan dan juga menyedihkan? Atau itu sekadar permainan si penulis lirik yang memainkan perasaan pendengar dan memainkan perasaannya sendiri atau itu adalah perasaannya yang sebenar yang telah digubah menjadi lagu? Lagu mungkin boleh membantu tetapi kenapa bantuan itu dirasakan palsu? Kenapa  harapan yang diberi oleh lagu dirasakan harapan palsu yang akan hilang sekejap sahaja? Tetapi kenapa hati seronok mendengarnya, kenapa hati naik semangat mendengarnya, kenapa hati tidak mengambil pelajaran bahawa harapan yang timbul kerana mendengar lagu tersebut adalah palsu semata-mata kerana ia akan hilang setelah mata kembali ke alam realiti menunggalkan alam fantasia? Atau adakah perlu alam fantasia itu ditukarkan kepada alam realiti agar harapan kembali?


    Sekadar cerita......................sekian.

Ulasan

Catatan Popular