Si pencerita
bercerita
Adakah tidak perlu memikirkan apa sistem ini? Sistem
kewangan, ekonomi , pendidikan? Atau adakah
kau tidak layak memikirkannya? Jadi siapa yang layak? Bagaimana pula
dengan mereka yang layak tetapi tiada kesedaran? Kesedaran apa? Pemikiran
bodoh? Adakah tidak perlu mempersoalkan semua ini? Cerita yang terus menerus
memasuki segenap pemikiran, bagaikan air yang tidak boleh dihentikan oleh
sebuah batu keran air tersebut tetap akan mencari jalan lain, biarpun jalan itu boleh menyebabkan air
itu menjadi kotor…
Indahnya
seandainya semua ini tidak memasuki pemikiran, biarlah ia hilang dan tidak
mengganggu kehidupan harian kerana takut cerita kegembiraan langsung tidak
dilayan. Apakah makna semua ini? Adakah pemikiran kau telah dirasuk oleh
bayangan kehitaman? Warna hitam yang
telah menyerap cahaya? Disaat semua pemikiran ini hilang kenapa ia
selalu sahaja muncul? Bolehkah kau hilang selama-lamanya? Kau penat
menghadapinya kerana banyak perkara
pemikiran ini hitamkan. Disaat perkara itu berwarna putih, kau jadikan
ia kelihatan hitam, kenapa wahai minda? Kenapa kau mempersoalkan perkara yang
sikit manusia soalkan? Kenapa kau membenci perkara yang manusia telah ikut?
Kenapa kau membenci sistem ini? Adakah ini sekadar alasan kau untuk lari dari
realiti? Atau kau ada alasan lain, wahai si otak? Semua pemikiran ini,
adakah ia sia-sia belaka? Adakah benar pemikiran seperti ini boleh merosakkan
hati? Adakah tidak perlu memikirkannya? Atau buang sahaja semua ini? Buang?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ----------------------------
Biarkan cerita berlalu kerana semua cerita itu diceritakan
sekadar permainan minda disaat ia berasa bosan kerana realiti yang dihadapi……….
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------
Ada sebuah
cerita, cerita yang banyak mempengaruhi realiti, cerita yang direka berdasarkan
pengalaman, mungkin juga berdasarkan perasaan disaat pengalaman itu dirasai.
Cerita itu sentiasa bermain dikala malam mahupun dikala siang. Cerita itu juga
muncul di fantasia , muncul di mana –mana sahaja. Kerana cerita ini hadir di
fantasia maka berharap agar ia menjadi benar di realiti. Tetapi kerana tahu
bahawa cerita ini mustahil untuk berlaku di realiti maka cerita ini telah
ditambah agar hati yakin bahawa cerita ini mustahil untuk terjadi. Maka
ditambahlah cerita agar tersenyum di fantasia. Kerana senyuman itu seronok maka
cerita itu sukar hilang, tetapi apabila pengalaman yang dihadapi bertambah maka
cerita di alam fantasia juga boleh berubah.
Cerita itu
juga mungkin boleh menggembirakan dan mungkin juga boleh menyedihkan, sedih
kerana ia hanya dalam dunia fantasi. Cerita itu menjadi-jadi disaat lagu
didengar kerana lagu itu menambahkan
fantasi kepada cerita itu yang mana cerita itu dilahirkan di dunia
fantasi. Ada orang katakan dunia fantasi itu lebih seronok berbanding di dunia
realiti. Kenapa mereka katakan begitu? Dan ada juga manusia katakan bahawa
orang hebat menjadikan fantasia menjadi realiti. Persoalan hadir di benak
fikiran. Adakah maksud fantasi untuk
semua insan berbeza? Adakah ia berbeza ,berbeza makna, perasaan, cerita….cerita
alam fantasi mungkin semua manusia berbeza.. kerana cerita itu lahir dari hati
setiap insan…….
Semua manusia ada cerita masing-masing…. Cerita untuk
menjadi teman hidup……..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------
Adakah gembira itu perlu dicari? Atau gembira itu tidak
perlu dicari kerana ia akan datang apabila sampai waktunya? Mana satu yang
perlu diikuti? Keputusan terletak di tangan setiap manusia? Ada juga
manusia di luar sana tidak akan
memikirkan benda ini? Kenapa? Mungkin mereka sibuk?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ------------------------------

Ulasan
Catat Ulasan