Ilusi

Biarlah, aku terima ia seperti adanya, tanpa harapan yang memegangku untuk berdiri, walaupun ianya sekadar ilusi, tetapi biarlah… asalkan ia memberi sesuatu untuk hati ini.. Walaupun ia tidak wujud di realitiku, tetapi fantasi itu banyak memberi erti pengajaran. Biarlah, walaupun ia fana, walaupun ia tidak kekal,tetapi rasa untuk perasaan ini bakal berkekalan di hati ini ,hinggakan aku lupa rasanya, akhirnya ia kembali….

Walaupun akhirnya perasaan ini akan hilang, tetapi….. biarlah, mungkin hilang itu lebih baik…….Walaupun semua ini ilusi, yang hanya wujud  di fantasi, tetapi terima kasih kerana menemaniku di saat realiti ini meninggalkanku….

Walaupun perasaan ini bakal hilang, tetapi terima kasih kerana menyanyikanku sebuah lagu yang memberi kesan kepadaku. Sebuah fantasi yang dijadikan ilusi, tetapi dari manakah ilusi itu datang? Adakah pengalaman telah membuatnya berfantasi, hinggakan melahirkan perasaan yang bersifat ilusi, memberi sesuatu kepada sesiapa yang mendengarnya, menghayatinya dan memahaminya.

Adakah perasaan ilusi ini boleh memberi kebijaksanaan, kebijaksanaan yang mengatasi kepandaian? Ataupun perasaan ilusi ini hanyalah seperti angin, yang hanya memberi kedinginan sebentar?… Disaat ianya hilang kedinginan itu juga turut serta hilang….Maknanya manusia tidak akan puas mencari angin, hanya kerana inginkan kedinginan yang nyaman. Adakah ia sama seperti perasaan ilusi ini?

Tetapi, terima kasih kerana datang walaupun sebentar. Di saat ilusi itu datang, ilusi yang membawa perasaan yang berunsurkan ilusi, yang wujud hanya dalam dunia fantasi, di saat mencubanya membawa ke dunia realiti, hanyalah bayang-bayang yang dilihat, bayang-bayang yang langsung tidak disedari oleh realiti, tetapi kenapa ia dapat memerdekaan hati ini yang pasrah dengan realitinya, walaupun sebentar, walaupun kemerdekaan palsu?

Terima kasih kerana menjengukku  disaat aku bersendirian, disaat air mata ini habis, disaat aku kepenatan dan hampir menghapuskan sebuah harapan ….. Walaupun kau lahir hasil fantasi orang lain, tetapi fantasi itu telah memberikanku perasaan ilusi ini dan mungkin juga harapan yang palsu….

Walaupun ianya palsu , tetapi bukankah ia baik kerana ilusi itu membuatkanku kembali ke realiti ini, realiti yang mungkin dirasakan sama dengan dunia fantasimu, dunia fantasi ciptaan orang lain. Terima kasih kerana sebuah karya yang membantuku melupakan kesedihan, kepayahan, kemuraman, dan membuatku berjalan semula di jalan ini untuk mencari perasaan yang bakal berkekalan di hati ini…..




Ulasan

Catatan Popular