Tujuan
Sebenarnya apa tujuan hidup ini?
Kenapa hati ini terasa kosong?
Apa yang perlu diisi?
Walaupun ilmu dicari, tetapi hati ini tetap terasa kosong,
Buku yang dibaca,
memberikan sesuatu untuk hati ini,
tetapi….. akhirnya …hati ini kembali kosong…
Kenapa? Kenapa? Kenapa hati ini terasa kosong, terasa sakit
sangat?
Badan ini terasa penat?
Jiwa ini terasa suram, kelam dan kecewa?
Apa sebenarnya tujuan hidup ini?
Adakah wujud di dunia ini,
sesuatu perasaan yang mampu penuhkan hati ini,
dan berkekalan selama-lamanya?
Apakah rasanya sebuah kegembiraan?
Apakah yang ada di hati oleh manusia lain?
Apa yang mereka rasakan?
Adakah mereka juga seperti saya,
kehausan untuk mencari dan mencapai kegembiraan yang hakiki?
Atau mereka telah lama menjumpainya?
Atau mereka langsung tidak memikirkannya,
kerana sibuk dengan dunia mereka,
sibuk dengan impian mereka?
Indahnya senyuman mereka,
adakah aku juga bakal seperti mereka?
Senyuman yang kekal di hati,
senyuman yang tidak palsu….
Adakah andai kata aku tidak memikirkan semua ini,
adakah kegembiraan itu aku akan capai?
Adakah pemikiran ini yang menyedihkan dan mengosongkan hati
ini?
Kalau begitu,
wujudkah ubat untuk menghilangkan pemikiran ini,
ubat untuk membuang pemikiran ini,
agar hati ini kembali seperti dahulu,
agar minda ini jadi seperti dahulu,
tanpa memikirkan semua ini…..?
…………………………………………………………………………………………………………
Apakah sebenarnya maksud impian?
Adakah ia berbeza definisinya untuk semua manusia,
tetapi membawa manusia ke tempat yang sama,
tempat yang memberi erti gembira yang sebenarnya?
Adakah impian itu adalah kegembiraan?
Adakah apabila impian itu telah tercapai,
maka rasa gembira akan berkekalan,
kekal di hati ini,
kekal yang membuang erti kosong…….?
Atau impian itu hanyalah ilusi,
sekadar ilusi yang dihasilkan oleh persekitaran,
agar manusia mengejarnya,
mengajarnya untuk melupakan sesuatu?
Adakah aku silap?
…………………………………………………………………………………………………………
Apakah hidup ini?
Kenapa ia terasa kosong?
Walaupun pelbagai perkara telah dilakukan,
tetapi, kenapa? Kenapa hati ini kembali kosong?
Kenapa hati ini terasa kosong?
Wujudkah sesuatu perasaan yang boleh mengisi hati ini?
Perasaan yang bukannya ilusi, bukan fantasi,
bukan khayalan, dan bukannya hanya sementara singgah di hati
ini….
…………………………………………………………………………………………………………
Ulasan
Catat Ulasan