Bersendirian (2014)
Ketika duduk bersendirian,
terdengar manusia ketawa,
melihat manusia sibuk akan urusannya,
manusia yang bercinta dengan teknologinya,
ada manusia yang hilang realitinya,
kerana sibuk dengan fantasinya,
ada manusia yang hilang fantasinya,
kerana sibuk dengan realitinya,
manusia yang bergerak bersendirian,
manusia yang bersosial gerakannya,
manusia yang telah digodam gerakannya, kesedarannya, realitinya,
fantasinya, virtualnya, dan ideanya,
mungkin kerana,
realiti, fantasi, virtual yang hanya dilihat melalui kesedaran yang telah digodam.....
Ketika kaki di atas tempat itu,
dan duduk tidak dimanipulasikan tempatnya,
di mana bangunan tinggi menjadi perhiasan,
bagaikan bersendirian ditemani manusia yang sibuk,
sibuk dengan fantasinya atau realitinya atau virtualnya,
perasaan yang hadir berlainan ketika lagu dipasang dan didengar,
dan seandainya lagu itu ditamatkan rentaknya,
perasaan lain pula menjelma,
pelik bagaikan ketika berjalan ke depan dan terpaksa menipu diri,
bahawa kaki sedang berjalan ke belakang....
Bagaimana nak godam semua ini?
Dimana fikiran tidak perlu terfikir akan situasi,
dimana situasi tersebut adalah hasil rekaan manusia sekeliling,
mereka yang laksanakan situai tersebut,
kenapa aku yang merasai kesan situasi tersebut??
Pelik??
Kerana takut situasi tesebut menjatuhkan sesuatu.....

Ulasan
Catat Ulasan