Indah (2014)

Kenapa manusia senang dipengaruhi dengan falsafah luar,
di mana falsafah itu mereka ikut,
walaupu karakter mereka menolak falsafah tersebut,
walaupun hati mereka tidak sesuai dengan falsafah tersebut,
kenapa mereka ikut falsafah yang mereka anggap boleh menjanjikan kejayaan,
seandainya Einstein itu bermain game,
maka mereka juga akan bermain game,
kerana mereka menganggap game itu salah satu sebab mengapa
Einstein mempunyai pemikiran seperti itu..
Seandainya Einstein itu membaca buku,
maka mereka juga akan mengikuti tabiat tersebut,
dengan harapan mereka boleh menjadi hebat sepertinya...
Kenapa?

Dan,
kenapa juga mereka akan membandingkan falsafah mereka dengan falsafah orang hebat?
Dan lebih teruk lagi kenapa mereka mengikuti falsafah orang itu sehinggakan
meninggalkan falsafah hidupnya sendiri?
Dan,
kenapa mereka akan seronok seandainya falsafah mereka sama dengan falsafah orang seperti Einstein?
Kenapa falsafah luar senang masuk dalam fikiran mereka?
Kenapa manusia tidak membuat falsafah sendiri?
Di mana falsafah itu tidak melanggar apa-apa yang haram dilanggar..

Adakah dengan mengikuti falsafah yang diilhamkan oleh Einstein maka
kita boleh mengalahkan Einstein?
Atau falsafah Einstein itu sekadar rujukan?

Falsafah? Pendapat? Pandangan?
Fikir sebelum terima?
Atau fikir sekiranya pendapat itu menyeronokkan minda?
Jangan fikir seandainya pendapat itu tidak seronok?
Hanya fikir perkara yang menyeronokkan?
Dan hanya layan dengan pendapat yang seronok di hadapan minda?
Seandainya pendapat itu lari dari kebiasaan hidup sendiri,
maka adakah kau akan menolak pendapat itu?
Kerana pendapat itu mencabar kebiasaan hidup kau?
Apa kau akan buat?

Kenapa mereka boleh dipengaruhi dengan falsafah luar dengan mudah?


 

Ulasan

Catatan Popular