Cinta

Kerna kisah itu, aku benci akan ayat cinta, ayat bodoh romantis kehendak hati moden mengacau erti kisah cinta yang dulu. Cinta, cinta romantis, aku rasa, aku tak nak melayan rasa pelik itu, kalau boleh aku nak buat rasa itu dalam hati aku, rasa bodoh hasil kemodenan kapitalis, hinggakan cinta murni itu menjadi cinta bodoh khayalan indah hamba kapitalis. Buat apa nak aku bercinta, andai kata cinta moden diperhambahkan melalui rasa kapitalis kebanggaan manusia perlumbaan moden. Fuck, love in this modern era is like a shit....

Hati berubah menjadi pembenci cinta, cinta moden kebanggaan ramai, peminat perlumbaan pengumpulan ego, kerna populariti dicari menyebabkan alasan direka menghalalkan caranya. Buat apa aku merasai cinta, andai kata cinta itu dikawal kemodenan kapitalis, lebih baik cinta moden itu tidak aku layani, agar hati aku diam menghayati kekosongan....pencarian jawapan untuk kekosongan ini, bukan dengan jawapan ilusi kesibukan percintaan yang dikawal sistem moden bodoh itu.

Ada sebuah cerita, kisah lelaki diatas layanannya percintaan hipokrit kesialan moden kapitalis. Dia suka seseorang wanita, tapi wanita itu tidak mencintainya. Lelaki itu menjadi orang tengah, layanan cinta kawan dan cinta crushnya. Hatinya sakit melayan semua itu, air matanya mengalir dengan kekurangan dirinya, sampaikan dia melatih gembira di saat wanita yang dicintainya bersama lelaki yang dicintai wanita itu. Hatinya mati, matanya rabun, dan lelaki itu menangis bersendirian tanpa harapan percintaan. Dia belajar melupakan wanita itu dan akhirnya bisa. Dia jatuh cinta lagi, tapi sayang sekali, kerna lelaki itu direject wanita itu, mungkin kerna lelaki itu tidak berguna dan sampah sahaja sesuai menerangkan lelaki loser itu. Lelaki itu berkata di dalam hatinya

" aku tidak akan melupakan pain ini, selama-lamanya"

Lelaki itu menangis lagi di dalam hatinya, tapi senyuman lakonan kepakaran sosialnya diserlahkan kepada masyarakat, dan mulutnya ketawa hipokrit cinta sedih layanan hatinya. Dia berubah dan berjanji tidak akan jatuh cinta lagi, tapi malang sekali, dia jatuh cinta lagi, dan kali ini dia cinta akan wanita yang dia langsung tidak kenal. Tapi ada baiknya, dia tidak kenal wanita itu, kerna dia langsung tidak terperangkap lama dalam ilusi lautan cinta hasil kebodohan hatinya disentuh wajah si wanita itu. Dia belajar lupa akan wanita itu agar dia boleh melalui hidupnya tanpa melayani dan merasai keindahan bodoh cinta kapitalis moden pujaan ramai manusia era ini. Dia lupa akan wanita itu, dan berharap dia tidak akan berjumpa lagi dengan wanita itu walaupun hati kecilnya berharap wajah wanita itu boleh dia pandang sekali lagi, tapi pengalamannya ajar, agar belajar membuang harapan itu, kerna takut harapan itu bakal menyakitkan hatinya sendiri. 

Pengalamannya ajar, bahawa cinta romantis itu tidak sesuai untuk dirinya, dia hanya bakal merasai pain keindahan cinta romantis, oleh itu, lelaki itu perlu belajar, agar tidak akan ada lagi wanita yang bakal menyentuh hatinya lagi. Tapi aku tidak tahu sama ada lelaki itu boleh atau tidak.

Cinta kisah romantis, kisah hidup mungkin boleh melupakan tujuan hidup. Cinta romantis penutup harapan, cinta romantis melupakan kisah sedih, cinta romantis melupakan impiannya, hinggakan harapan dan impian moden dikawal cinta romantis, tapi sayang sekali kerna cinta romantis itu pula dikawal kapitalis indah itu.

Aku penat dengan semua ini, kerna lagu sedih menjadi pilihanku, kekurangan diri dilayan indah bersama lagu sedih, lagu bukan menaikkan semangat, tetapi lagu yang hanya menjatuhkan semangat, tapi bagi aku, lagu itu bukan menjatuhkan semangat tetapi sekadar melatih diri agar mengingati kelemahan diri agar, khayalan palsu di fantasia dilupakan harapannya. Lagu sedih rasa diseronokkan ke dalam hati, dilayan berseorangan mengingati kisah di dunia moden ini.





Ulasan

Catatan Popular