Hidup
Apa sebenarnya hidup?
Aku keliru dengan permainan ini.
Aku bingung dengan permainan dunia ini.
Aku rasa semua ini seperti ilusi.
Kenapa? Kenapa, minda ini berfikir seperti itu?
Aku terasa penat dengan permainan minda,
tapi permainan itu memberi aku kesedaran tujuan hidup.
Apa sebenarnya hidup ini?
Aku hanya mahu bebas daripada permainan dunia moden,
bebas dari perlumbaan manusia moden.
Aku keliru, aku rasa sunyi, aku rasa bosan,
dengan semua ini....
Tapi, aku tahu,
aku perlu cari sesuatu agar semua itu boleh hilang dari hati aku....
Ulasan
Catat Ulasan