Hilang

"Zaman ini zaman kapitalis, maka hiduplah cara kapitalis..", minda lemahku mengaku kalah dengan perjuangan hati.

"Ini bukan zaman sahabat, ini bukan zaman al-Ghazzali, ini zaman kapitalis, tujuan ilmu itu dituntut kalau tidak untuk mendapatkan pekerjaan, untuk apa lagi?", suara hati dan minda lemah, mahu menerima realiti moden.

"Sedar, dan terima..", aku seperti hendak berputus asa....

Aku ini belajar kerna minat, bukan kerna nak kerja, bukan kerna nak bergaji berpuluh ringgit, bukan juga hendak menambah keegoan perlumbaan manusia moden. Tapi apakan daya, ini zaman kapitalis, ini era kapitalis, maka hiduplah cara kapitalis.

Minda dan hati ini merana. Apa semua ini? Apa pemikiran ini? Aku takut aku berputus asa dan seterusnya mengikuti sahaja perjalanan manusia moden hinggakan ilmu itu aku tuntut semata-mata hendak mendapatkan pekerjaan.. aku tidak mahu bekerja, tapi ini zaman duit... aku tidak mahu belajar softskill, tapi mahu senang dapatkan pekerjaan harus ada semua itu..

Aku belajar kerna minat, sebab itu aku tidak mahu belajar softskill, kerna niat softskill takut aku salah niatkan, hanya kerna semata-mata hendak berjaya di dalam sistem kapitalis. Apa semua ini? Aku nak belajar, belajar kerna mahu belajar, sebab itu aku tidak kisah akan CGPA, tapi zaman moden ini, CGPA itu penting, apalagi alat pengukur itu manusia nilai dalam sistem kapitalis ini...

Adakah salah seandainya aku tidak mementingkan CGPA? Mungkin salah, tapi salahkah aku tidak meminatinya? Aku tidak halang manusia lain meminati CGPA, tapi janganlah sampai CGPA itu dijadikan tujuan mutlak belajar.

Adakah salah aku tidak mahu belajar softskill? Buat apa aku nak belajar membuat program andaikata hati rasa kosong ketika mempelajarinya... Buat apa belajar berkata-kata, andai kata hanya untuk tambahkan ego aku.. aku ini low profile...aku ini shadow... aku tidak mahu dikenali kerna aku takut.... hati aku tersalah niat... aku tidak halang manusia lain belajar semua itu, tapi salahkah seandainya aku tidak mempelajari semua itu...ya, memang salah... salah kerna aku ini anti sosial, aku ini dikatakan sombong kerna pendiam, aku ini introvert, aku ini useless... aku ini sampah, aku ini teruk.....aku tahu hati dan minda aku rosak.. tapi secara jujurnya, aku lagi suka berkurung di dalam bilik, membuat pengkajian aku, tanpa gangguan aktiviti program. Aku juga mahu lepak dengan kawan, tapi bukan lepak dengan mereka yang pakar berlakon, depan baik, belakang aib disebarkan...aku suka lepak dengan kawan walaupun seorang, dan membincangkan perkara yang aku minati, dan mungkin juga perbincangan yang kelakar tanpa merendahkan manusia lain... tapi, aku susah mencari kawan seperti itu... Dan aku juga mahu mengelilingi dunia tanpa hidup dikawal sistem kapitalis bodoh itu, tapi apakan daya, aku ini miskin, aku ini hina di pandangan masyarakat..

Rosakkah hati aku? Rosakkah minda aku? Ya memang rosak. Rosak kerna tidak mahu mengikuti majoriti, tidak mahu bersosial, tidak mahu berusaha berjaya di dalam sistem kapitalis, tidak mahu masuk dalam perlumbaan manusia moden, tidak mahu berhenti menyoalkan sistem moden.....

Aku bukannya tidak mahu bersosial, sebab buat apa nak bersosial andai kata sosial itu hanya menambahkan kekosongan di dalam hati, buat apa nak bersosial andai kata aib orang lain dijadikan bahan gelak dan bahan sebaran, buat apa nak bersosial andai perbincangan tidak aku minati ... dan buat apa nak masuk perlumbaan andai kata hati rasa kosong ketika memulakan perlumbaan, begitu juga dengan jalan minoriti ini... benarkah aku salah kerna berfikir seperti minoriti? Salahkah aku tidak mahu mengikuti perjalanan majoriti? Dan akhir sekali adakah salah aku berfikir mengenai sistem?

Ya, salah kerna kau tidak layak.

Tapi, mana yang layak........siapa yang layak....

Aku pening dengan semua ini.... aku keliru dengan semua ini. Aku rasa sengsara dengan pemikiran ini.... kenapa aku mempersoalkan semua ini dan akibatnya aku tidak selesa hidup dalam sistem pelik moden ini..... tapi seperti biasa apa lah daya aku ini.....salah aku kerana belajar berfikir......

Adakah aku hidup di zaman yang salah....? Memang benarkah zaman ini adalah zaman mengikut bukan zaman beridealism, bukan zaman berideologi?  

Siapa aku sepuluh tahun akan datang? Adakah aku masih merasai perasaan yang sama, atau aku berubah? Tapi berubah bagaimana? Ikut cara hidup majoriti atau minoriti? Atau aku dapat apa yang aku nak? Tapi apa yang aku nak?

Apa yang aku nak adalah buat apa yang aku nak....

Ulasan

Catatan Popular