Usaha

Hati ini dah lelah untuk teruskan hidup, minda ini dah penat untuk memahami hidup, badan ini dah letih dengan permainan hidup, tapi ... minda, hati dan badan tahu yang mereka perlu teruskan kehidupan, yang mereka harus berusaha hidup, agar jiwa diubati dengan perkara sebenar, agar jiwa jumpa benarnya, agar kehidupan jiwa ada maknanya....

Hati lelah, minda lelah, badan lelah, jiwa lelah, walaupun ada naik dan turunnya, tapi naik itu telah dianggap ilusi.. hati dan minda belajar melalui kesakitan, tapi takut kesakitan dan kesedihan itu menghilangkan total kegembiraan, dan akhirnya kesedihan itu bakal dianggap sebagai kegembiraan...

Aku tahu hati dan minda ini dah rosak... tapi aku tidak mahu hipokrit dengan pusingan ayat... apa yang aku tahu hanyalah usaha... yang ditemankan kelelahan hati, minda dan badan.... yang dirasai oleh jiwa...berseorangan kerna ini pilihan aku....

Senyuman kesedihan,
ketawa kelelahan,
dan aku hilang di siang hari dan juga di malam hari.....

Ulasan

Catatan Popular