Islamkan ilmu

Sekadar pendapat jahil saya... kepada bakal-bakal junior saya... di universiti ini....

Ditulis ketika penulis di tahun ketiga semester pertama, di mana CGPA semakin hancur....dan saya tidak memaksa sesiapa untuk membaca kerna saya tahu CGPA saya tidak melayakkan saya untuk menulis semua ini, cumanya... saya nak tulis untuk tatapan saya suatu hari nanti... dan tatapan untuk anak-anak saya suatu hari nanti, dan kepada sesiapa yang hendak membaca.

Islamkan ilmu? Kenapa nak islamkan ilmu?

Kenapa ilmuwan islam perlu islamkan ilmu? Ilmu ini dikatakan tidak bebas nilai, ilmu itu ada dipengaruhi dengan pandangan alam seseorang ilmuwan. Sebelum disebut kenapa perlu islamkan ilmu, lebih baik disebut kenapa seseorang itu menuntut ilmu. Ilmu di zaman moden ini telah mengutamakan penuntutnya untuk menyambung ekonomi kapitalis, hinggakan tujuan itu menjadi ikutan ramai, dan manusia menuntut ilmu agar ilmu itu boleh digunakan untuk menyambung ekonomi kapitalis moden. Ilmu itu tidak lagi digunakan untuk mencari kebenaran dan untuk menambahkan iman. Ilmu sekadar dituntut agar boleh berjaya dalam sistem kapitalis dalam perlumbaan penambahan ego masyarakat..

Ada manusia yang ingin mencari kebenaran, dan dia menuntut ilmu untuk mencari jawapan yang dia ingin tahu. Dia nak tahu apa itu realiti, dia nak tahu manusia ini apa, dan kenapa manusia ada, dan selepas mati nanti apa pula hidupnya. Dia mencari dan terus mencari. Mungkin sebab itu dia menuntut ilmu. Dia tidak dipengaruhi dengan janji manis material kapitalis, dan dia menjelajah ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari kebahagiaan yang sebenar. Tapi, di zaman ini, kapitalis telah menjadi semakin kuat, dan duit itu umpama benda wajib perlu ada, dan ketiadaan duit boleh menjadi fitnah. Dan ramai yang tidak berani dan tidak boleh lari dari ludahan kapitalis.

Ada manusia menuntut ilmu untuk menambahkan keimanan. Keyakinannya dalam realiti berdasarkan metafizik agamanya, dan dia kuasai faham alam, faham ilmu, faham nilai, dan digunakannya untuk bantunya memahami dunia agar imannya bertambah dan menjadi kukuh. Dia belajar bukan kerna nak jadi sekadar mesin, yang hanya tahu bagaimana nak menjadi mangsa kapitalis yang berwawasan tinggi, tetapi ilmunya itu sampai kepada perasaan imannya kepada Pencipta, dan dengan ilmunya dia bukan lagi mangsa kapitalis, tapi dia memilih untuk sedarkan manusia lain apa yang betulnya.

Itulah islamkan ilmu dalam bidang fizik. Belajar fizik di dalam kelas lebih banyak ke arah pandangan amalan ke arah amali kapitalis, ke arah application agar dapat kerja dengan mudah. Tidak salah, cumanya benda itu menjadi popular dan menjadi ikutan ramai. Manusia barat belajar fizik dan mengkaji alam agar mendapat kebenaran dan mencari jawapan, tetapi manusia muslim tujuan utamanya belajar adalah untuk memuaskan nafsu fizikalnya semata-mata, dan ada yang terpaksa ikut semua itu. Manusia barat guna ilmu untuk cari jawapan asas manusia, tapi manusia muslim, guna ilmu untuk cari kerja. Tidak salah, kerna kapitalis itu cubaan besar kepada kita, cuma menjadi parah apabila tujuan  belajar itu adalah utamanya pekerjaan amali kapitalis. Belajar ilmu rasa kosong, kerna tiada spritualnya, terasa kosong kerna kacauan kapitalis pekerjaan masa depan.

Tapi, pada pendapat saya, bukan semua muslim itu boleh islamkan ilmu, kerna adakalanya ilmu itu telah dianggap sesuai dengan islam, tetapi sembunyinya yang sebenar tiada yang hidu. Sebab itu saya jarang bicara islamkan ilmu dengan rakan-rakan, kerna  saya tahu, bukan semua berminat nak islamkan ilmu, dan ada yang fobia dengan perkataan islam, dan utama sekali, saya tidak bicara mengenai islamkan ilmu kerna saya takut idealism itu rosak hanya kerana karekter saya yang kekurangan adab.

Tapi, islamkan ilmu memang ada. Pernah dengar ...bacalah dengan nama tuhanmu.... maknanya di dunia ini ada ilmu yang tidak dibaca atas nama Pencipta.

Dulu, ilmu dari yunani, orang islam tafsir atas pandangan alam islam, tapi sekarang, siapa yang nak tafsir teori dari barat sedangkan ilmu itu sekadar digunakan oleh mesin penjawab exam. Ilmu dicari semata-mata kerja, dan siapa yang nak tafsir teori sains barat agar sesuai dengan pandangan islam, dan andai kata ada teori yang salah, maka cari teori yang sesuai. Siapa yang nak buat semua itu....? Universiti kita.... tapi, bukan mudah kerna kapitalis terlalu kuat dan ada yang terpaksa ikut walaupun dah cuba lari. Dan akhirnya dia tidak dapat sambung idealism itu.

Akan ada yang akan tolak islamkan ilmu fizik. Mungkin mereka tidak faham apa itu islamkan ilmu... mungkin mereka tidak kuasai ilmu asas fardhu ain... mungkin mereka tidak tahu sejarah kemunculan sains barat..... mungkin mereka tidak tahu bahawa ahli sains ateis itu tafsir teori sains guna pandangan alam ateis..... mungkin mereka tidak tahu bagaimana nak tafsir teori sains..... apa yang mereka tahu sekadar islam itu hanya solat sahaja.......manusia ateis guna sains untuk buktikan mereka benar, dan bagaimana pula kita nak buktikan kebenaran agama kita melalui sains agar mereka boleh katakan bahawa al-Quran itu adalah benar?

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehinggalah jelaslah bagi mereka bahawa al- Quran itu benar."   Surah Fushilat ayat 53.

Sebab itu perlu belajar metafizik Islam, dan kuasai pandangan alam Islam, dan belajar bersungguh-sungguh... itu nasihat saya kepada diri saya, tapi saya tidak dengar dan CGPA saya menjadi fitnah kepada idealism ini.

Jadi, bagaimana nak islamkan fizik? Belajar metafizik islam. Belajar falsafah islam. Kuasai faham wujud, faham alam, faham ilmu, faham nilai dari para ilmuwan islam dahulu. Cari guru Mursyid, dan belajar darinya ilmu-ilmu kerohanian. Bersihkan hati agar Pencipta akan memberi ilmu yang sebenarnya.

Lihat Nicola Tesla, fikirannya dipengaruhi oleh falsafah apa. Cuba cari. Dan.. lihat juga ini...dan fikirkan...

photonics.cusat.edu/article2.html .html

baca ini

......................

Fizik?  Apa itu fizik? Kenapa nak belajar fizik? Nak faham alam, bagaimana alam berfungsi, dan dengan itu, boleh mereka teknologi, itukah tujuannya? Atau hendak mencari tujuan hidup manusia? Atau hendak menjawab persoalan kewujudan menusia? Kenapa belajar fizik? Kenapa? Kenapa fizik dilimitkan dengan sekadar hanya penggunaan matematik?

Fizik? Kenapa aku belajar fizik?
- kerna minat

Sekadar minat?
- minat dan nak tahu apa sebenarnya semua ini. Kenapa hati aku mengkaji alam? Apa itu islamkan ilmu fizik? Apa hubungan fizik dan falsafah? Bagaimana nak gunakan al Quran sebagai sumber ilmu fizik? Apa hubungan tasawuf dengan ilmu fizik? Boleh tak tasawuf menjawab dan meningkatkan pengetahuan fizik?

Apa hubungan fizik dan falsafah?
- tafsir teori fizik guna ilmu falsafah.
- dari ilmu falsafah, digunakan dalam kemajuan fizik.
- nilai teori fizik, sama ada teori itu sesuai untuk pegangan falsafah seseorang atau tidak.
- menyelesaikan permasalahan yang bersifat falsafah menggunakan teori fizik
- menyelesaikan permasalah  yang bersifat falsafah menggunakan kaedah matematik (artikel adi setia : some upstream research programs for Muslim mathematician: operationalizing Islamic values in the sciences through mathematical creativity).

Apa hubungan tasawuf dengan ilmu fizik?
- perjalanan spiritual menyingkap kebenaran fizik.
- pandangan ahli sufi mengenai dunia
- tuntut ilmu hikmah agar manusia tahu bagaimana nak menghubungkan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
- membersihkan hati agar ilmu tidak rosak disaat sesuatu ilmu masuk ke dalam hati.
-membantu seseorang dalam pentafsiran, pemahaman,  kritikan dan inovasi sesuatu teori sains, fizik khususnya.

Kenapa belajar fizik? Dikatakan dalam kelas falsafah sains, berdasarkan pemahaman aku daripada kelas itu, sains itu ada tiga

1. Sains sebagai idea.
2. Sains sebagai research.
3. Sains sebagai application.

Berdasarkan pemahaman aku

Sains sebagai application

- - Sains digunakan dalam bidang teknologi,       pembuatan, perkilangan, dan seumpamanya.

- - Gunakan teori sains/ fizik untuk majukan teknologi.

Sains sebagai research
- - ilmu fizik digunakan untuk mengkaji fenomena alam/ ilmu fizik untuk menerangkan bagaimana atom bergerak

- - teori fizik yang sedia ada digunakan untuk menerangkan sesuatu fenomena

Sains sebagai idea
- - reka teori fizik yang baru menggantikan teori yang tidak sempurna/ tidak lengkap.

- - tafsir teori sains agar teori itu tidak ditafsirkan secara salah, di mana pandangan alam ( worldview ) memainkan peranan yang penting.

- - tafsir teori fizik untuk mengetahui the nature of reality atau untuk tahu apa teori sains-fizik itu boleh berikan kepada kehidupan manusia selain teknologi.

- - tafsir teori fizik untuk menjawab persoalan asas kehidupan manusia...

- - mengkaji sains, inovasi sains, kritik sains moden, dan tafsir sains sesuai dengan fahaman ahli sufi, ahli kalam, atau/dan ahli falsafah Islam.

Berdasarkan pemerhatian di persekitaran sempit, lebih ramai memilih sains sabagai application. Dan memilih sains sebagai research lebih ramai berbanding sains sebagai idea.

...........

Cari guru untuk belajar metafizik islam, dan cari guru yang sebenarnya..... ini sahaja yang saya .... yang kurang pandai ini.... boleh berikan kepada bakal junior saya... usaha dan usaha.... dan

tulisan ini bukan 100% betul, kerna ilmu itu sebaiknya dikritik secara beradab agar kefahaman yang sebenarnya dapat ditemui dan diamalkan...

Ulasan

Catatan Popular