Persaingan

Menuntut ilmu ini ada cabarannya. Misalnya, adalah berkenaan hati. Hati bertambah sombong dengan bertambahnya ilmu. Riak, hasad dengki, mulut tak terjaga menyakitkan hati manusia lain, ilmu dituntut untuk mencari publisiti murahan. Ilmu itu dibanggakan berlebihan dan ego bertambah menyebabkan si pencari ilmu lupa hirarki ilmu, mereka juga merendah-rendahkan ilmu yang lain, sedangkan  hirarki ilmu itu adakalanya lebih tinggi dari ilmu yang dituntut si ego.

Ego mereka yang pandai adalah mereka tidak suka lihat manusia lain pandai dari mereka. Sebab itu, mereka suka menyusun ayat agar boleh mencuri perhatian manusia lain, dan merendah-rendahkan mereka yang pandai. Lihat saja persaingan yang tidak sihat, persaingan penambahan ego kapitalis material CGPA.

Niat ilmu dituntut lain dari sebenarnya, alasan kerna Allah sekadar ayat sedapkan hati, mulut terus berkata-kata, umpama mereka ahli ilmu yang sebenar, bagai mereka itu anggap ilmu itu milik mereka bukannya milik Pencipta. Persaingan semakin giat, kekecewaan si kalah, kegembiraan si pemenang, tapi... apa perasaan mereka yang tidak mahu ikut perlumbaan itu. Atau mereka tidak minat dengan persaingan itu kerna mungkin mereka anggap usaha atau tidak... hasil tetap sama, maka, lebih baik tidak payah berusaha. Itupun sekiranya persaingan sihat bukan persaingan penambahan ego manusia moden yang dikabulkan dengan populariti.

Persaingan penting agar manusia membesar...benarkah? Tapi, persaingan yang niat salah, niat sekadar nak kalahkan sesiapa, hinggakan hasil persaingan dianggap tidak adil, maka dia menjadi tidak bersemangat untuk bersaing lagi, kerna dia tahu, berdasarkan pengalamannya sendiri, hasil persaingan itu menyakitkan.... dan dia umpama tidak berusaha 100 peratus. Benarkah?

Apa itu persaingan? Persaingan agar boleh bertambah hebat? Persaingan untuk penambahan ego? Atau persaingan untuk kepuasan hati? Atau persaingan untuk menaikkan semangat hidup? Bagaimana pula dengan manusia yang tidak ada semangat untuk bersaing? Dia melihat manusia bersemangat untuk bersaing, dan hati dia terasa sesuatu. Tapi, dia keliru, mungkin dia anggap bahawa usaha terlalu banyak bakal menyakitkan apabila hasil persaingan keluar, dan dia memilih untuk tidak bersaing, kerna dia tahu, dia akan kecewa yang teramat sakit, kerna usahanya yang banyak sekadar sia-sia sahaja. Dan, dia malas nak berusaha dan dia sekadar melihat persaingan manusia lain dari jauh...dia takut dia kecewa dua kali, dia takut usahanya sia-sia, dia takut usahanya menyebabkan dia abaikan perkara yang lebih penting. Tapi...


akhirnya...







.

Dia tiada semangat nak hidup.
Adakah dia perlu masuk dalam persaingan? Atau dia hanya perlu suka apa yang dia lakukan tanpa masuk ke dalam persaingan?


Dan dia memilih untuk tidak bersaing, dan sekadar minat apa yang dia suka...

Ulasan

Catatan Popular