Alasan
Sistem pendidikan membunuh kreativiti?
Benar eh?
Pada pendapat aku, terletak kepada diri sendiri untuk menjadi kreativiti atau tidak. Mungkin sistem pendidikan itu ada masalah, tapi tidak bermakna pelajar itu tidak bersalah. Mungkin ada kalanya sistem pendidikan membunuh kreativiti pelajar. Misalnya, apabila mereka itu hanya kreatif dalam bidang lain, tapi, bidang itu tidak dianggap berguna, maka dia pun dipaksa atau memaksakan dirinya untuk belajar bidang yang dia tidak minat, akhirnya dia belajar semata-mata terpaksa atas dasar industri, akhirnya dia tidak minat dengan apa yang dia pelajari.
Aku sendiri di alam universiti ini pun menjadi pemalas untuk belajar, apa lagi nak masuk ke dalam kelas. Kelas falsafah aku rajin lah. kah kah kah. Aku malas nak belajar andai kata belajar itu sekadar ingin mencari pekerjaan, dan aku juga tidak tahu kenapa aku makin malas nak belajar benda yang aku minat. Aku minat falsafah tambah fizik tambah teologi, tapi makin hari aku seperti nak abaikan falsafah kerna aku selalu berfikir falsafah dan akhirnya aku malas nak belajar apa yang masuk exam, kerna bagi aku, apa yang masuk exam bakal aku lupakan, tapi falsafah benda yang aku minat, tidak akan aku lupakan, walaupun lupa, tapi aku tahu simbol-simbolnya.
Mungkin aku menganggap falsafah itu lebih rendah dari fizik (sedangkan fizik itu under falsafah). Sains sekarang dipandang tinggi, sains dalam bidang material, tapi sains untuk falsafah telah diabaikan kerna dianggap tidak mendatangkan apa- apa.
Sekarang aku pun makin malas baca buku falsafah, kerna aku anggap falsafah itu sekadar information, kerna falsafah itu umpama diri ini hard disk yang simpan maklumat. Aku tidak mahu sekadar penyimpan maklumat, baca banyak buku, tapi macam wikipedia. Aku dan kreatif dan inovasi, sebab itu aku anggap fizik itu lebih atas dari falsafah, walaupun ada benda yang fizik tidak boleh jawab.
Sains dianggap material untuk industri, akhirnya falsafah diabaikan kerna
"kau kerja apa kalau belajar falsafah"
seperti
"kau kerja apa kalau belajar agama."
sekarang ini pekerjaan itu lebih penting daripada kebahagian, kerna kenapa?
Kerna kebahagian itu datang apabila kau mendapat pekerjaan yang baik dan boleh mencapap depan manusia lain.
Mungkin benar, tapi, jadi masalah apabila anak-anak pun dilatih semuanya seperti itu, akhirnya yang minat sastera dipandang rendah, sains diangkat hiarkinya, humanity tidak diajat atau tida diambil peduli, Pencipta disoal kewujudan-Nya, dan material jadi nilaian kegembiraan.
Aku juga sering menganggap sastera itu lebih rendah daripada fizik, tapi , aku belajar untuk membuang itu. Mungkin sains itu penting, tapi buka bermakna bidang lain itu rendah dan tidak berguna.
Ego seorang manusia akan katakan bahawa bidang dialah yang hebat sekali.
Jauhkan aku daripada kesibukan kapitalis andai kata kapitalis itu sekadar memberi kegembiraan ilusi yang bersifat sementara.
https://www.ted.com/playlists/171/the_most_popular_talks_of_all

Ulasan
Catat Ulasan