It is ok to become a monster?
Dia berjalan berseorangan,
tanpa hati menilai persekitaran, tanpa hati melihat dengan benar, hanya kaki
berjalan tanpa tujuan, perjalanan yang tiada tujuannya. Dia penat, dengan
kehidupan realitinya, kerna itu, dia berhenti mengikuti jalan itu. Dia tahu, ideology itu telah merosakkan
pemikirannya, persoalan itu telah menghancurkan pemikirannya, dan akhirnya
ideology itu memalaskan dia berusaha lagi, dan dia mengambil keputusan untuk berpura-pura
hilang ingatan.
Dia hilang ingatan, tanpa
paksaan, tanpa harapan. Dia menjadi monster. Dia anggap pain yang pernah dia
rasai dan tengah dia rasai bakal menunjukkan kesesuaian di dalam karekter
seorang monster.
“Aku cinta kau”, ayat yang
dia gunakan untuk mencari wanita.
“Aku pun.”, jawab wanita
itu.
Bodoh punya wanita,
seorang lelaki itu tidak bisa dipercayai kerna cinta moden sekarang ini sungguh
membodohkan. Begitu juga dengan seorang lelaki…
“Cinta seorang perempuan
itu senang dibeli…. Zaman ini tidak ada lagi kisah cinta romantis… sekarang ini
.. cinta yang popular adalah cinta kawalan kapitalis. Kau kaya kau dicintai..
my middle finger for that type of bitch!”
“Hmmm. Kalau seperti itu kenapa kau jatuh cinta?”
“Kerna kebodohan hati aku
ingin mencari seseorang yang boleh menyentuh hati aku.”
“Kau bodoh.!!!. kan aku
dah cakap.. perempuan itu bakal meninggalkan kau ketika system kapitalis tidak
mencintai kau…”
“Andai kata seperti itu,
kenapa tidak berusaha?”
“Berusaha? Untuk? Beli
hati bitch?”
“Ya…”
Dia dan wanita itu
berpegangan tangan, ala cinta Barat. Apa salahnya, dah aku memang syaitan, tak
kan aku perlu bercinta ala orang baik?
Lelaki itu semakin hari
semakin berubah. Dia menjadi jahat. DIa berubah kerna pain yang dia rasai. Pain
berubah menjadi fun.. Fun to feel pain.
Suatu hari, lelaki itu
ditinggalkan. Dia rasa pain, pain bertmbah dan memberi makna baru, tapi pada
masa sama, dia belajar something. Cinta itu benar-benar tidak lagi wujud, jadi
kenapa aku masih menunggu seseorang untuk menyentuh hati aku yang bodoh ini.
Lelaki itu berjalan
berseorangan. Dia berjumpa dengan wanita itu. Wanita itu sedang berpegangan
tangan. Lelaki itu kelihatan kaya, lelaki itu kelihatan kacak, golongan yang
ada masa depan, tidak seperti aku, sampah dunia.
Lelaki itu rasa anarki ada
di dalam hati dia. DIa memberontak. DIa memaki dirinya sendiri dan dia
mengambil keputusan untuk menjadi monster agar dia bisa melawan monster yang
ada di dalam hatinya.
“Betul apa yang dikatakan.
Cinta itu aku tidak akan dapat, selagi kapitalis bukan bidangku.”
Dia berjalan. Jalan. Dia
memakai anting-anting, memakai gigi ala vampire, baju hitam, rambur warna
perang nipis. Sesuai dengan jiwanya. Dia tidak kisah apa lagi yang manusia lain
katakana, dia berhenti berfikir, dia hanya berjalan di dunia ini tanpa tujuan
hidup. Dia berubah, mungkin manusia lain katakana bahawa dia berubah kerna
seorang wanita, tapi, sebenarnya, wanita itu sekadar bukti untuk teorinya
menjadi monster.
Dia menjadi monster.
Dikafirkan. Dihinakan. Dimalukan. Direndah-rendahkan. Tapi, lelaki itu tidak kisah,
kerna itu tidak menyakitkan. Semua itu tidak standing dengan apa yang pernah
dia rasai. Dia berjalan tanpa rasa. Gitar metal di bahunya. Dia berjalan ala
shadow, yang manusia lain tidak kisah akan kewujudannya. Dia menulis dengan
serabutnya, dia bermain gitar dengan serabutnya, sendiri, tanpa harapan bodoh
social ala demokrasi bodoh.
Dia berseorangan di dunia
ilusi ini. Manusia lain bergembira dengan hartanya, dia pula gembira kerna
painya. Orang lain gembira kerna cinta, dia pula seksa kerna cinta. Dia
berhenti percaya akan cinta. Dia menganggap cinta itu sekadar ilusi moden untuk
menjadi gembira ala kapitalis. Dia sedar dia salah, tapi, dia tida tahu kenapa,
semua yang dia teorikan ada praktikalnya. Dia sedar hatinya rosak, mindanya
rosak, sebab itu dia berubah menjadi monster. Dia katakan, bagaimana nak
melawan monster andai kata aku tidak menjadi monster.
Society katakan dia
rosak.. Dia jawab..
“Ya, aku memang rosak…”
Dia berjalan lagi. Tanpa
kaki bergerak, tapi minda terbang di alam ilusi lautan yang tiada penghujungnya
dan tiada nikmatnya. Dia ingin mencari sesuatu, tanpa kesakitan kegembiraan
mata yang melihat dan hati yang menilai.
Dia malas menunjukkan
kesedihannya,kerna apa guna. Dia hanya sendiri di dunia penuh hipokrit manusia
ini.
“Saya cintakan awak.”,
kata lelaki itu. Dia tidak berputus asa untuk mecari lagi, mencari wanita
sebenar yang bakal menyentuh hatinya.
“Minta maaf. Saya cinta
manusia lain.’, jawap wanita cantik itu.
“Ya, aku faham, sebab aku
juga tidak berharap apa-apa.”, kata lelaki itu.
Mungkin ada yang katakan
bahawa lelaki itu menipu. Lelaki itu berharap, kerna, bukankah indah andai kata
cinta diterima, sebab itu , mereka katakan bahwa lelaki itu tipu, apabila
lelaki itu katakan bahawa dia langsung tidak berharap apa-apa.
Tapi, sebenarnya lelaki
itu tidak tipu, kerna hidupnya mengajar untuk tidak lagi berharap pembalasan
cinta, kerna dia tahu siapa dia. Lelaki itu tahu, bahawa dia tidak layak untuk
dicintai, kerna – bagaimana seorang yang membenci dirinya boleh berharap agar ada
manusia lain yang mencintai dirinya.
Aku cinta kau sekadar
dalam hati aku. Aku tidak akan lagi beritahu sesiapa seandainya aku suka
sesorang kerna – untuk apa aku sebarkan, biar saja aku rasai sendiri. Apa guna
aku nak beritahu manusia lain sedangkan aku juga bukan seperti manusia yang
bagus.
Lelaki itu berhenti cinta.
Kerna cinta itu dia tidak lagi harapkan, mugkin kerna cinta itu adalah cinta
kawalan moden, tapi,dia tahu, di luar sana akan ada seorang wanita yang sesuai
dengan hatinya. Dia katakan bahawa dia tidak berharap, tapi, itu sekadar
kegembiraan ilusinya kerna, dia telah dipengaruhi dengan drama rekaan manusia
lain.
“Aku menjadi pemerhati,
dan aku menjadi shadow. Aku tidak lagi aku, kerna aku sekarang ini tidakkisah
lagi aku yang ini, aku yang makin hari hancur dimakan dengan kehinaan aku yang
rosak mindanya. Aku dihinakan dibelakang, aku direndahkan mereka, tapi, aku
tidak kisah lagi. Buat apa aku nak kisah, kerna kalua aku kisah pun, aku tetap
tidak bisa tahu bagaimana nak mengubah aku yang ini. Tapi, kenapa aku perlu
mengubah aku yang ini?”
Lagu bermain. Lagu yang
dikatakan menemani jiwa. Lagu yang dikatakan bisa menggembirakan, tapi sayang
sekali, kerna kegembiraan itu sekadar kegembiraan ilusi untuk sedapkan hati.
Lagu adalah kegembiraan ilusi, sama seperti game dan buku. Tapi, seperti biasa,
lelaki itu tetap mengulangi tabiat kegembiraan ilusi itu, kerna lelaki itu
menjadi malas untuk berusaha mencari kegembiraan yang sebenar. Mungkin dia
menganggap, dia tidak akan dapat kegembiraan itu, kerna dia tidak ada sikap
manusia Berjaya.
DIa tahu, apa yang manusia
katakan, depan atau belakang, kerna, sepanjang hidup dia, dia telah melatih
matanya untuk melihat, dan sebagai ganti, dia tidak melatih mulutnya untuk
berkata-kata. Dia pendiam tapi matanya tajam melihat dan menilai hati. Mungkin
dia salah, tapi, mata itu dia sayangi kerna mata mengajarnya untuk melihat
dunia, bukannya mulut.
Dia rasa mulut itu
penting, tapi, dia juga malas untuk melatih mulutnya dan dia menjadi hina.
…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
..
…
Rasa seksa dengan semua
ini,
Kesakitan kegembiraan
pain,
Kesakitan kegembiraan
ilusi,
Tapi,
Itu saja yang dia dapat
lakukan,
Rasai kebodohannya yang
ditambah kerelaannya.
Dia rasa serabut, dan serabut itu dia tuliskan untuk serabutkan lagi akalnya, mungkin dia menganggap tulisan itu boleh menghilangkan kesakitan mindanya, yang telah dipengaruhi dengan dunia ilusi.
Ulasan
Catat Ulasan