Lagi
Perasaan itu datang lagi,
aku tidak tahu berapa lama lagi aku perlu hadapi perasaan ini,
aku penat,
aku letih,
melawan perasaan ini,
dan,
adakalanya hati aku mula untuk menerima perasaan ini,
sebagai teman baik aku.
Tapi, perasaan ini menyakitkan,
menyeksakan,
tapi,
aku mula belajar untuk menerima semua ini,
seperti manusia yang give up hidup,
dan,
yang hadapi hidup,
sperti manusia yang tiada semangat hidup...
Macam mana aku nak bersemangat hidup,
macam mana aku nak berjaya seandainya aku seperti ini,
macam mana aku nak jadi ahli fizik yang berfalsafah hebat,
andai kata,
aku tidak semangat untuk hidup.....
andai kata aku tidak bersemangat untuk berusaha.....
Aku letih dengan semua ini,
perasaan ini sukar untuk dibuang,
dan aku terperangkap lama dengan rasa ini,
perasaan yang menurunkan semangat untuk berusaha....
Kenapa aku makin malas,
dan sering menganggap bahawa aku tidak boleh jadi ahli fizik-falsafah yang hebat?
Kenapa aku seperti ini?
Kenapa aku seperti manusia yang berhenti berusaha bersungguh-sungguh?
Kenapa setiap kali aku berusaha,
mesti minda ini berfikir bahawa aku tidak akan berjaya,
dan kenapa minda dan hati ini menganggap,
bahawa usaha yang aku lakukan adalah sia- sia sahaja?
Kenapa? Kenapa aku berfikiran seperti ini, sedangkan ramai manusia yang berusaha bersungguh-sungguh...?
Aku suka fizik,
tapi, kenapa aku menganggap aku tidak boleh berjaya dalam bidang itu...?
Kenapa aku mula berfikiran seperti ini?
Apa yang harus aku lakukan,
agar aku ubah aku yang ini?
Kan bagus,
andai kata aku hilang ingatan,
ingatan aku yang berkarekter dan berfikiran seperti ini....
seorang loser....
seorang yang tidak berguna...
Aku nak hilang ingatan,
aku tak nak kenal aku yang ini....
Aku nak kenal aku yang dahulu...
Aku nak hilang ingatan,
aku tak nak kenal aku yang ini....
Aku nak kenal aku yang dahulu...
Aku nak hilang ingatan,
aku tak nak kenal aku yang ini....
Aku nak kenal aku yang dahulu...
Ulasan
Catat Ulasan