Sekadar tulisan jahil aku

Dalam artikel Copenhagen Interpretation karya Henry Pierce Stapp, tertulis

“…we view science not as a metaphysical understanding of that which lies outside the world of ideas, but rather as an invention of the human mind that man constructs for the purpose of incorporating into the world of human ideas abstract structural forms that capture certain aspects of the empirical structure of man’s experience.”


Adakah sains itu tidak ada hubungan langsung dengan metafizik? Adakah sains tidak boleh membantu dalam memahami metafizik? Perlu difahami bahawa sains itu ada tiga, sains sebagai applikasi, sains sebagai pengkajian/research dan sains sebagai idea. Memang, sains sebagai applikasi itu tiada makna kepada metafizik, begitu juga sains sebagai pengkajian. Tapi, bagaimana dengan sains sebagai idea, sains yang boleh membentuk pandangan alam seseorang, sains yang boleh memberitahu, siapa yang benar siapa yang salah dalam soal falsafah dan mungkin metafizik.

Ramai ahli fizik ke arah research dan applikasi, tapi jarang ke arah idea, kerna idea itu susah untuk dihasilkan, apa lagi idea yang bertaraf tinggi, seperti idea realitivity, quantum, evolusi, dan mungkin dalam bidang lain. Cuba fikir, apa evolusi beritahu mengenai manusia? Adakah evolusi itu menolak Pencipta atau tidak? Bagaimana orang atheist tafsir evolusi dan bagaimana dengan ilmuwan Islam tafsir evolusi? Atau adakah umat islam sekadar tolak evolusi tanpa dia mengubah tafsiran itu agar sesuai dengan pandangan alamnya?

Tapi, bagaimana nak kuasai sains sebagai idea? Susah kerna tidak ada yang seperti ini. Pernah jumpa orang seperti ini? Dia kuasai sains sebagai idea, bukan sekadar sains sebagai research dan applikasi, dan mungkin dia sekadar kuasai sains sebagai idea sahaja. Tidak. Kerna zaman ini tidak lagi ada teori baru yang popular dihasilkan. Pernah baca buku The End of History and The last Man. Aku tak baca lagi, kerna tidak ada semangat nak baca, buku dah beli , tapi malas nak baca, kah kah kah.

Tapi, berdasarkan pengalaman aku, lebih senang untuk ke arah sains sebagai research dan applikasi daripada ke arah sains sebagai idea, kerna sains sebagai idea menyibukkan akal, dan sains sebagai idea itu mungkin dibantu dengan intuisi yang besar. Sebab itu, ramai memilih untuk ke arah sains sebagai research dan sains sebagai applikasi, kerna ‘benda’ itu boleh dilihat, tapi sains sebagai idea, tidak boleh dilihat, sebab itu ramai yang tidak setuju akan pengislaman ilmu sains terutamanya dalam bidang fizik. Mungkin tidak tahu bagaimana, dan hanya menganggap sains itu sebagai alat untuk memajukan manusia, dan alat itu tidak boleh membantu manusia untuk mengenal Allah. Boleh tak sains membantu manusia agar manusia itu yakin adanya pencipta alam ini? Orang Islam boleh ketahui melalui wahyu, tapi bagaimana mereka yang menolak agama? Bagaimana dengan mereka yang tidak sedar akan agama? Adakah dengan sains, seseorang itu boleh sampai kepada wujudnya Pencipta? Dan bagaimana pula orang Islam boleh menambahkan imannya melalui ilmu sains? Ataupun apa hubungan sains dan al-Quran, atau tiada hubungan? Kalau tiada hubungan, apa maksud mereka apabila mengatakan bahawa al-Quran itu sumber ilmu? Atau sumber itu hanya untuk fardhu ain sahaja? Bagaimana dengan sains sebagai idea? Apa hubungan al-Quran/ Worldview of Islam dengan sains sebagai idea?

Seandainya sains itu sekadar alat untuk memajukan manusia, bagaimana pula alam ini? Bukankah sains itu adalah hasil kajian alam ini? Adakah alam ini sekadar alat untuk dikaji agar manusia boleh reka alat lain untuk memajukan manusia dan pada masa sama menghancurkan alam? Adakah semua manusia bakal menganggap sains itu sekadar alat, bukan lebih dari itu?

Sains sebagai alat? Mungkin benar. Tapi, bagaimana dengan mereka yang jadikan sains sebagai agama? Bagaimana dengan mereka yang jadikan sains sebagai sumber untuk mencari kebenaran? Sains untuk cari kebenaran dimana teori sains itu hasil kajian alam. Tapi, biasanya manusia itu tidak suka akan tafsir sesuatu teori, atau jangan falsafahkan sains atau just shut up and calculate. Kerna mereka anggap sains itu sekadar applikasi dan research sahaja, bukan idea untuk mencari kebenaran atau menambah keimanan. Cuba fikir, bagaimana nak tambah iman dengan ilmu sains? Adakah belajar sains dan guna sains untuk kerja dalam sistem kapitalis dan berjaya kumpul banyak duit dan duit itu kita bantu manusia lain? Adakah hanya ada cara itu sahaja? Bagaimana andai kata guna sains untuk menyatakan bahawa agama ini benar? Atau tidak boleh? Kalau tidak boleh, bukankah bermakna bahawa -  mengkaji alam ini tidak akan bertemu dengan kebenaran kewujudan Pencipta?

Dalam surah Fushilat ayat 53, bermaksud

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar.”

Apa maksudnya?

Dalam buku Falsafah sains daripada perspektif Islam, dalam artikel tulisan Osman Bakar, tertulis

“... seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Sina, sains yang sebenar adalah sains yang mencari pengetahun tentang intisari sesuatu benda dalam hubungannya dengan keasalan Ilahi (Divine Origin) masing-masing.”



















Jauhkan aku daripada kesibukan zaman kapitalis ini.

























Ulasan

Catatan Popular