Mungkin

Terlalu banyak baca buku falsafah kebaikan, tetapi tidak mengamalkannya, tidak istiqamah mengamalkannya, hanya simpan di dalam minda, akan hasilnya adalah kesengsaraan minda dan kekosongan hati, kerna kebaikan dan keburukan tidak bisa bercampur.

Terlalu banyak melayan fantasi akan menyebabkan dirinya sukar lari ke alam realiti, ke alam fizikal, dan dirinya itu akan sengsara apabila mengetahui bahawa fantasi itu lebih seronok dari realiti.

Terlalu banyak tahu kisah romantis fantasi, akan menyedarkan bahawa romantis fantasi itu sekadar rekaan manusia lain, yang mungkin, ingin menunjukkan tragedi sebagai sumber jalan cerita.

Ulasan

Catatan Popular