You are so beautiful, maybe. ............ illusion


Aku berhenti dan lari daripada kegelapan hati aku. Aku tidak tahu, sama ada aku lari ke arah terang atau aku lari ke arah gelap, tapi yang pasti aku lari dari aku yang sekarang. Aku berhenti dan lari dari aku yang sekarang, aku abaikan semuanya, buku, impian, harapan, keluarga, cinta, kawan, gembira, kepuasan, pain, sedih, sengsara, kosong, semuanya, aku abaikan semuanya dan pergi ke arah sesuatu yang aku tidak tahu mana tempatnya, dan apa tempatnya.

Aku lari dan lari tanpa tujuan. Aku beli gitar dan bermain tanpa henti,belajar tanpa henti. Tapi, apakan daya, kebodohan dan kemalasan aku menyebabkan, aku ke arah kehancuran kerna semangat aku hilang dimakan dengan masa.

Aku lari dan lari, seorang, ya, aku seorang, kerna aku memang seorang, aku melayan semua ini berseorangan tanpa nilaian pendapat insan lain, kerna aku tidak layak untuk mereka nilai. Kerna aku sampah yang merosakkan keadaan dan persekitaran yang dipenuhi dengan haruman daun hijau dan pemandangan laut  dan langit. Buat apa nak aku hancurkan alam ini, kerna, cukuplah aku sahaja yang hancur. Buat apa aku nak wangikan alam ini sedangkan aku sendiri bau dengan kerosakan minda dan hati aku?

Aku sedang berlari walaupun aku dalam kemalasan. Mungkin fizikal aku tidak lari, tapi hati dan minda aku cuba lari daripada kerosakan yang bakal mengambil nyawa aku. Hati ini, benar-benar telah rosak. Kerna kerosakan itu, aku sebutkan good bye, kepada aku dan persekitan sekarang. Dah tiba masanya aku bina siapa aku, jahat atau baik,monster atau non-monster, love or pain. Dah tiba masanya aku hilangkan diri, dan tinggalkan aku yang ini, dah tiba masanya aku ambil nyawa aku yang ini,  dan terbang le arah lain, berjalan dengan kaki sendiri, bukan atas sistem ini, walaupun hasilnya mungkin menyakitkan dan menakutkan.

Aku cari manusia. Aku jumpa, mungkin, tapi pengalaman aku ajar, bahawa, jangan terlalu berharap, dan jangan fikir akan faedahnya, kerna fikir faedah itu mungkin mengacau hati dan minda aku yang rosak ini. Faedah atau tidak, biar manusia lain yang nilai, dan aku hanya perlu buat itu, walaupun itu, menunjukkan bahawa hati aku dah rosak.

Aku jumpa dia, seorang lelaki, seorang emo, pakaiannya, rambutnya, lagunya,. Aku ajak dia membuat band, underground band, tapi, dengan syarat, what you feel right now, does not mean it will show you what happiness is, may be you will die in pain dan jangan berharap kegembiraan kerna itu belum tentu datang dalam dunia uncover ini.

Dia setuju, dan aku dan dia berjalan di muka bumi ini, dengan rasa painnya dan mungkin hipokrit kegembiraan aku.

Dia lain. Dia emo, dia pain, dia anti-love, dia sukar difahami, dan dia pendiam, sesuai untuk underground band yang aku nak reka. Mungkin usaha ini sia-sia jika dibandingkan dengan aku yang dahulu, seorang mahasiswa formal, tapi, aku tidak mahu menilai, kerna, apa guna aku nak menilai, cuba fikir, apa hasil nilai seorang yang seperti aku, apa hasil nilai orang yang rosak hati dan mindanya, adakah suatu kebaikan atau keburukan?

Aku dengar dia menyanyi, semua kesedihan, semua kesakitan, semua pain yang indah dilayan olehnya, dan aku juga terhibur dengan nyanyian painnya yang menawan hati dan minda aku. Aku-  mereka kata rosak, tapi dia hanya memandang aku dengan senyumannya, walaupun aku bisa melihat senyuman yang bercampur dengan pain, senyuman yang punah dengan kesedihan air mukanya.
Mereka kata tidak berguna bersedih, tapi minda aku yang rosak ini menyuruh aku rasa gembira dengan kesedihan dan pain realiti ini.

Aku dan dia berjalan, mencari kehidupan. Dia mencari kehidupan  dan aku juga mencari kehidupan, dia jenis anti-social, takut dengan gerombolan manusia ramai, mungkin sama dengan aku. Dia emo style, semua emo, tapi dia jenis senyum, senyum banyak berbanding aku, yang jarang senyum. Dia ini lain daripada manusia yang pernah aku kenal, cinta dia anggap indah, indah sebagai pain, indah sebagai emo, sesuai dengan bajunya yang hanya berwarna kehitaman, dia katakan warna hitam itu sesuai dengan hatinya. Dia pernah katakan,

“manusia yang berasa takut dengan darkness, mereka tidak tahu betapa indahnya cahaya ..... mereka yang takut akan pain, tidak tahu betapa indahnya cinta. Tapi, lebih baik rasai pain kerna cinta hanya bagi harapan untuk kau hidup gembira, sedangkan hidup kau langsung tidak gembira, cinta itu sekadar ilusi kegembiraan sementara, yang kau cari ketika hati kau rasa sunyi, bukankah cinta itu boleh mengisi kesunyian? Sebab itu aku anggap cinta itu sekadar khayalan indah, yang ingin dilayan mereka yang rasa sunyi, dan ingin merasai indahnya cinta, tapi bagi aku, minta maaf, apa guna orang seperti aku bercinta, sedangkan aku sendiri tidak mencintai diri dan realiti aku?”

Dia kata seperti itu, ayat itu menyentuh hati aku, kerna itu, aku menganggap dia mungkin sesuai untuk aku jadikan ahli dalam band rekaan aku, walaupun aku tidak mahu bermain band, aku sekadar nak jadi observer useless.

Dalam perjalanan, seorang wanita muncul. Kecantikannya menawan hati, pakaiannya sesuai dengan type aku, senyumannya menyentuh hati, tapi percakapannya menyayat hati aku dengar, kerna penuh dengan khayalan kegembiraan shit, yang mahu bantuan ilusi kegembiraan cinta moden. Aku seperti suka dia... Mungkin, tapi seperti biasa, pengalaman aku mengajar, bahawa cinta  di era ini telah pupus, kerna, andai kata, wanita itu tahu siapa aku, apa hidupku, akhirnya kisah sama berulang, fantasi hancur, realiti hancur, aku ditinggalkan seperti loser, khayalan aku gelakkan aku, wanita bodoh hancurkan realiti, pain mengenggam hati aku, dan aku belajar untuk jatuh cinta dengan pain, agar, andai kata seorang wanita datang, aku akan samakan cinta itu dengan pain ini. Bodoh punya tafsiran hati rosak ini.

Aku memandang matanya, dia ‘mungkin’ juga memandang aku. ‘Mungkin’ kerna aku rabun, aku suka rabun, kerna, aku tidak suka melihat realiti moden dunia. Aku rabun, agar aku tidak lagi merasai kesakitan bodoh cinta romantis palsu yang sangat indah mereka katakan. Dia pandang sambil senyum, aku balas senyuman itu, dan aku rasa hati aku rasa cinta, tapi, minta maaf hati, dah tiba masanya kau dengar apa yang ingin diperkatakan oleh akal yang rosak ini. Dia senyum,  dan aku senyum , dan dalam hati aku

“cinta.. apa itu cinta... cinta pandang pertama, indah cinta apabila diterima, hati melonjat gembira kerna cinta diterima oleh si dia, tapi, semua itu shit, ilusi kegembiraan sama seperti ilusi kegembiraan fantasi, dan aku tidak mahu cinta, cinta kawalan bodoh kapitalis. Wanita itu bakal tinggalkan aku ketika aku hancur dalam realitas kapitalis. Aku salah eh? Kalau aku salah, jadi, siapa manusia yang aku pernah jumpa, manusia indah kerna beri aku cinta ilusi akhirnya aku digelar loser olehnya? Adakah dia bukan manusia?”

Datang seorang lelaki, nampak baik, jalannya tunduk, dan dia bersama wanita itu. Dia senyum bersama wanita itu, dan wanita itu juga senyum. Hati bodoh aku tafsir, bahawa senyuman wanita itu adalah hipokrit cinta, memberi hadiah kepada hati lelaki, penuh dengan khayalan indah romantis, lelaki bodoh senyum dan wanita memandang lelaki lain dengan senyuman seks.

Cinta itu senang nak beli, hati wanita itu senang nak beli, wanita itu jatuh cinta kerna muka, kerna duit, atau dua-dua, sebab itu, kalau kau ada duit kau boleh beli hati wanita, kalau kau tidak percaya, maka kau ditipu cinta moden. Cinta real itu telah lama pupus. Aku salah eh? Kalau aku salah, maka selama ini aku hidup di alam apa?

Teman aku itu, dia hanya memandang wanita itu, dia melihat wanita itu bersama lelaki loser itu, dan aku hanya memandang wajah teman aku ini. Dia hanya senyum, melihat lakonan indah depan mata. Dia katakan


“Ada manusia yang ingin belajar daripada sejarah, tapi ada juga yang mahu belajar daripada pengalaman. Lelaki itu, bakal menjadi anarki, apabila dia tahu apa itu realitas moden, lihat saja, dia tunduk, suatu hari nanti, tunduk itu menunjukkan pengalaman pain yang dia lalui, dia jalan tunduk kerna pain mengajarnya untuk berjalan seperti itu...jalan seorang yang penuh dengan pain... sama seperti kau.. senyuman palsu rekaan ilusi hati kau.”








lagu palsu memberi semangat ilusi......... bodoh.... pain tetap pain, maka pain jangan dihilangkan dengan gembira ilusi, tapi, belajar untuk merasa gembira merasai pain, dan layan pain itu dan akhirnya kau menjadi loser seperti aku, menjadi sampah seperti aku.. tulisan penuh dengan kejahilan hati aku, kerna aku tulis berdasarkan darkness hati aku........  dan kau nilai aku seperti mana mereka nilai aku.... 
 Aku bukannya anti gembira, tapi aku hanya tulis berdasarkan tafsiran hati dan minda yang penuh dengan kerosakan darkness ini... kenapa? kau takut dengan aku?

Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan orang pandai takut...

Jadi manusia  'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka tidak berani berkata-kata...

Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka berfikir sebelum berkata-kata........

Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka merasa dengki dengan diri kau...

Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka tafsir bodoh dan pandai itu dengan cara tafsiran lain.......

Jadi manusia 'bodoh', agar kau dihina, direndahkan.. oleh manusia pandai....


.....................................


Jadi manusia pandai, di mana kewujudan kau menyebabkan orang bodoh takut...

Jadi manusia  pandai, di mana kewujudan kau menyebabkan mereka tidak berani berkata-kata...

Jadi manusia pandai, di mana kewujudan kau menyebabkan mereka berfikir sebelum berkata...

Jadi manusia pandai, di mana kewujudan kau menyebabkan mereka merasa dengki dengan diri kau...


Jadi manusia pandai, di mana kewujudan kau menyebabkan mereka tafsir bodoh dan pandai itu dengan cara tafsiran lain.......


...............


Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan orang 'pandai' takut...

Jadi manusia  'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka tidak berani berkata-kata...

Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka berfikir sebelum berkata...

Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka merasa dengki dengan diri kau...

Jadi manusia 'bodoh', di mana kewujudan kau menyebabkan mereka tafsir bodoh dan pandai itu dengan cara tafsiran lain.......


..............






Bersambung....... mungkin





Sambungan : Klik di sini

Ulasan

Catatan Popular