Aku dan ilusi itu

“Kau siapa sebenarnya?”, soal aku.

“Kenapa kau muncul di depan aku? Adakah kau real atau sekadar ilusi aku? Kalau kau ilusi kenapa kau aku lihat seperti real? Kalau kau ilusi kenapa aku lihat kau memandang aku ketika aku seperti bayangan? Dan, andai kata kau real, kenapa tiada manusia bisa melihatmu?”, soal aku dengan kebingunan.

“Adakah kau ilusi aku atau aku ini ilusi kau?”, soal aku lagi.

Dia sekadar diam. Aku tidak tahu, sama ada dia ini adalah aku, atau dia sebenarnya permainan minda aku.

“Kalau kau nak temankan aku, boleh, tapi dengan syarat, kau mesti bantu aku.”

Dia sekadar senyum.

“Aku nak kau bantu aku, dan ajar aku. Kau ajar aku tentang dunia ini, tentang sains, tentang teknologi, tentang idea. Aku tidak kisah kau real atau sekadar ilusi aku, tapi, aku nak kau ajar aku semua itu, agar kau tidak merosakkan aku.”

Dia senyum lagi.

“Boleh, tapi dengan syarat, aku nak kau sedar kewujudan aku.”, jawab dia dengan senyuman yang meyakinkan.

“Kau nak aku sedar kewujudan kau, walaupun kau mungkin sekadar ilusi aku?", soal aku.

“Ya.”

“Aku mungkin boleh sedar kewujudan kau, andai kata, apa yang kau ajar, aku boleh tengok praktikalnya.”

“Boleh, aku akan ajar kau melihat sains dengan kaca mata yang sebenarnya, bukan sekadar material semata-mata.”, katanya.

“Ok, kalau macam itu aku setuju.”, kata aku.

“Tapi, aku nak kau sayang nyawa aku, dan jangan suruh aku ambil nyawa aku.”, sambung aku lagi.

“Boleh, tapi, jangan suruh aku tinggalkan kau bersendirian.”, dia balas.

“Hmmm.”

Maka, perjanjian antara ilusi dan realiti terjadi. Bantu-membantu menuju cinta. Tapi, benarkah itu cinta, atau sekadar pain yang diselimutkan dengan ilusi cinta? Dia suka aku, dan aku suka dia. Dia ajar aku sains, dan aku ajar dia cinta. Dia ilusi, aku reality, tapi, dia dan aku anggap itu sekadar ayat. Dia dan aku, tiada makna akan ilusi dan reality, kerna aku dan dia ajar akan cinta hidup. Di saat aku rasa pain, di saat aku bersendirian, di saat aku melawan monster bersendirian di alam ilusi, dia berdiri di samping aku.
Di saat aku menangis, dia memandang aku, dia senyum, tanpa membuka mulut. Di saat aku kalah melawan monster, dia menghulurkan tangannya, sambil tersenyum. Dia seperti faham, mungkin, kerna dia ilusi aku, yang aku ilusikan, di saat aku bersendirian, di alam reality ini. Ilusi agar aku tidak give up hidup.

Di saat dia celaru, aku juga temankan dia, aku suarakan sastera, dia suarakan sains. Walaupun aku sekadar budak dalam sastera, tapi, aku dan dia senyum, kerna kami seperti cukup. Dia juga begitu, walaupun dia budak dalam sains, tapi, itu dah cukup, kerna, kami mencukupi. Mungkin, andai kata, ini bocor, andai kata kisah ini bocor, aku mungkin dikatakan gila, kerna berteman ilusi, tapi, aku waras, aku hanya bertemankan aku, secara sastera dan sains. Aku sastera dan aku juga sains. Dia sastera dan dia juga sains, tapi aku lebih ke arah sastera, dan dia pula ke arah sains, dan dia dan aku, bukanlah bertentangan dalam kontradiksi
dialektik.

Adakalanya, kami bertukar bidang, di saat masing-masing lemas di lautan minat sendiri. Di saat ilusi itu lemas di lautan sains, aku suruh dia masuk ke lautan sastera, berteman kata-kata, berteman kata-kata rekaan manusia, berteman kata-kata dan kisah fantasi si pembuat filem. Dia - aku suruh tinggalkan sementara sains, kerna dia terlalu melayan akal sains, dan kurang melihat sastera. Dia mencuba tukar sementara ke arah ilusi sastera.

Di saat aku yang real ini rasa lemas pula di alam sastera, dia senyum, sambil memanggil aku, terjun ke lautan sains. Tukar dari sastera, ke arah sains, sementara. Aku senyum kerna bisa melihat sains, dan dia juga senyum, di saat aku senyum. Dia ajar sains, tanpa hanya terang material, tapi idealiti sebenar, di kala melihat alam ini, bukan sekadar pandangan zahir katanya, dan bukan sekadar fahaman kosong, yang dinilai faedahnya, kerna praktikal hasil material.

Adakalanya, di saat aku rasa pain,  aku suruh dia pergi, tinggalkan aku berseorangan,  tapi, akhirnya, aku tetap memanggilnya kembali, kerna hanya dia yang bisa melihat aku yang sebenar. Begitu juga sebaliknya, dia halau aku kerna terlalu layan sastera, terlalu layan hati, sampaikan aku sendiri merana, tapi, akhirnya dialah yang berdiri di tepi aku, di saat aku hancur di alam sastera, di saat aku bersendirian mengharapkan teman insan.

“Aku mahu jatuh cinta.”, kata si sastera.

“Jangan, nanti kau merana.”, kata si sains.

“Tapi, sastera aku memerlukan cinta, agar ianya berbunga.”, kata si sastera lagi.

“Apa maksud kau berbunga? Kau nak bunga itu berwarna hitam?”, balas si sains.

“Apa salahnya andai kata bunga itu berwarna hitam?”

“Salah, kerna kau akan terlalu melayan hati, hinggakan kau kembali layan pain, dan akhirnya tulisan kau juga rosak.”

“Tapi…….”

“Dah berapa kali aku katakan, bahawa kau harus layan sains, agar kau mudah di masa depan…”, dia patahkan suara si sastera.

“Ya, aku tahu itu, tapi, lebih senang melayan sastera, kerna itu ada dalam akal aku.”

“Bagaimana pula dengan sains?”

“Sains itu sekadar ilusi aku, ilusi aku untuk menunjukkan bahawa aku ini sains.”

“Jadi, kau nak tinggalkan sains?”

“Ya, tapi aku takut, kerna terlalu hanyut ketika layan sastera ini - sungguh menyakitkan, kerna hati terasa, kerna hati layu.”

“Layu sebab kau mahu layu. Lihat saja tulisan kau, adakah penuh dengan kegembiraan atau kesedihan?”

Kesedihan tulisan lebih aku utamakan, mungkin kerna sedih itu sudah sejati dengan alam sastera aku. Tapi, aku juga tidak lupa akan keindahan gembira, kerna, siapa yang tidak mahu gembira di dunia sementara ini?

“Ya, aku tahu itu, sebab itu, aku masih layan sains, kerna sains aku lihat teknologi, dan kerna sains adakalanya naikkan semangat aku, untuk teruskan kehidupan.”

“Sains dan sastera itu beda, beda sekali, dan ingat, akan tiba masanya, kau harus pilih, untuk tinggalkan yang satu dan bersama yang satu lagi.”

“Mungkin.”

Aku gembira sekarang, tapi, hati aku tahu, bahawa kegembiraan ini sementara.  Aku tidak tahu, kenapa aku berfikir seperti ini. Aku nak gembira kekal, buka gembira sekadar kerna outside, aku nak inside, yang real, tanpa ilusi rekaan fantasi si pengarah filem. Tapi, adakah benar aku ini real?

Manusia lain kaji akan permainan politik dunia, kaji akan sains, kaji akan dunia network, kaji agama, kaji pemikiran, aku pula, sibuk dengan pengkajian hati aku, yang tidak mendatangkan apa-apa dalam erti kapitalis sebenar. Apa yang aku dapat andai kata aku kaji hati aku, aku kaji kisah aku, kaji minda aku? Mungkin aku dipandang rendah, kerna, aku terlalu sibuk di alam hati aku, sibuk di alam minda aku. Mereka kata sastera itu bodoh, kerna tidak mendatangkan kegembiraan. Mungkin benar, kerna, aku lah empirical pembuktian teori mereka. Dan sains aku juga tidak kemana, hanya sekadar teori yang jadi fitnah atas aku.

Tapi, aku rasa seronok dengan kisah aku, walaupun penuh dengan pain. Mungkin pain ini ilusi yang aku reka, agar sastera ini berjalan indah, agar pain itu membantu aku, menulis tulisan si tukang pencerita. Mungkin pain ini ilusi, agar aku ada semangat tahu erti sains, tapi, aku benar-benar nak berubah. Cumanya, aku tidak tahu bagaimana, hendak membuang aku yang pain ini. Aku mahu membuang pain ini, dan melihat dunia ini, tanpa tafsiran darkness pain.

Aku minat sains, tapi, sebelum aku minat sains, aku nak belajar minat jiwa aku, yang telah rosak ini. Aku tahu, sastera tiada hasil teknologinya, tapi, adakah sains itu ada hasil sasteranya, hasil yang bisa menyentuh hati manusia, untuk mengajar mereka erti sebenar. Mungkin ada, dan mungkin juga tiada, ia terletak kepada manusia untuk menyusun ayat, agar ayat itu sesuai untuk attitudenya.

Ulasan

Catatan Popular