-- hilang dalam kegelapan--
Lama kelamaan,
dia akan biasa dalam kegelapan,
hinggakan dia bakal merindui kegelapan,
dikala dia menjauhkan dirinya,
terlalu lama daripada kegelapan itu.
Lama kelamaan,
dia bisa membiasakan dirinya,
di dalam 'keadaan' kegelapan.
'Keadaan' itu bukannya persekitaran luaran,
tapi hati, di dalam hati.
Dia akan membiasakan dirinya,
sesat di dalam kegelapan,
hinggakan kegelapan itu,
sebati dengan jiwanya.
Lama-kelamaan,
dia akan bangkit daripada lemas,
di lautan kegelapan,
dan dikala itu,
dia hanya rela di dalam gelap,
dan tidak lagi bercakap mengenainya,
kepada manusia lain.
Dia rasa pain kekosongan,
tapi dia bakal belajar,
untuk gembira ketika rasa kekosongan,
dia rasa darkness,
tapi bakal membiasakan dirinya,
untuk berjalan di dalam kegelapan,
tak pun, sekadar diam tertidur,
melatih dirinya gembira,
di dalam merasai darkness.
Lama-kelamaan,
dia bakal rosak,
dia bakal hilang,
dia bakal hilang harapan,
dan, mula berharap,
agar dia bisa gembira sahaja dalam kegelapan,
tanpa harapan bahagia.
Dia makin lama, semakin rosak,
dia semakin lama hilang daripada dunia,
hilang daripada masyarakat,
hilang daripada realitinya sendiri.
Dia berseorangan di dalam kegelapan,
dia berseorangan di dalam kekosongan,
walaupun secara luaran dia tidak berseorangan.
Secara luaran, sekadar peneman hati untuk lupa sementara kegelapan,
tapi, rasa kosong dan kegelapan itu,
bakal memeluk dia semula,
dikala dia sedar akan dirinya sendiri.
Secara luaran penuh dengan cahaya,
tapi dalaman,
penuh dengan kegelapan pain.
Dari dalam rasa merana,
rasa sengsara,
rasa hilang,
tapi dari luar,
sekadar lakonan sahaja.
Mata tidak lagi boleh berfungsi,
akal tidak boleh lagi berfungsi,
sekadar hati yang merasai,
kenikmatan pain kegelapan dan kekosongan,
yang telah mula menjadi matang,
di dalam hatinya.
Dia tidak berputus asa,
walaupun,
adakalanya,
berputus asa peneman baik untuk dirinya,
tapi selepas dia berputus asa,
dia bangkit kembali,
dia bangkit untuk cuba lari dari semua itu,
tapi seperti biasa,
dia tidak boleh.
Dia tahu,
dirinya rosak,
kerna dia rasa semua itu,
pain, empty, darkness...
yang dia telah rasa semua itu,
sejak lima hingga enam tahun yang lalu.
Dia tetap berusaha,
untuk lari,
walaupun dengan kemalasan.
Dia merangkak,
sedikit demi sedikit,
tidak bersungguh-sungguh,
setelah puas berlari dan berjalan.
Dia tahu,
dia tidak boleh berhenti,
dia tahu,
dia harus mencuba,
walaupun dalam keadaan berputus asa,
walaupun dalam keadaan malas,
dan hilang harapan.
Dia harus mencuba,
walaupun hatinya telah mati,
dia harus mencuba,
kerna badannya belum mati,
walaupun akalnya kepenatan,
dengan semua itu.
Tapi, sampai bila dia hendak mencuba?
Mungkin, dah tiba masanya dia 'mati'.......
dan hilang di dalam kegelapan.....
Ulasan
Catat Ulasan