Lari dan rela
Aku melihat Kekuasaan Allah di dalam
kegelapan,
aku mengakui kekuasaan Allah dikala aku berada
dalam kegelapan,
aku sedar Kekuasaan Allah di saat diriku
kegelapan.
Aku cemburu,
di kala diriku melihat insan lain,
menyedari Kekuasaan Allah dalam cahaya.
Aku cemburu,
melihat mereka bercahaya,
melihat mereka senyum,
dikala merasai cahaya itu.
Aku juga mahu,
rasa cahaya itu,
rasa ‘terang’ itu.
Aku benar-benar penat,
penat sangat,
dalam kegelapan ini,
dalam kekosongan ini.
Tolong aku,
lari daripada kegelapan ini,
tolong aku,
terbang meninggalkan diri ini,
yang telah biasa dengan kesakitan kegelapan,
kesakitan kekosongan dan merasai kegembiraan
kegelapan.
Aku penat,
dengan rasa kosong ini,
aku lelah,
merasai kegelapan ini,
aku merana,
merasai kesakitan ini.
Kenapa? Kenapa aku rasai semua ini?
Kenapa aku rasa ini dikala insan lain senyum
bersama teman?
Kenapa aku tidak bisa senyum dikala ramai?
Sekadar lakonan sahaja yang mampu aku lakukan.
Kenapa? Apa salah aku?
Kenapa aku rasa ini?
Rasa yang tidak bisa diungkapkan dengan
kata-kata,
rasa sekadar metafora sahaja...
Aku penat....
Benar-benar penat....
Aku nak berhenti,
aku nak berundur diri........
Aku nak rasa cahaya itu.............
Ulasan
Catat Ulasan