Bantu

Ada manusia nak membantu masyarakat untuk berjaya dalam sesebuah sistem. Mereka membantu masyarakat untuk berusaha mencapai kegembiraan dalam sistem, mereka menjalankan kerja amal agar bisa membantu masyarakat meringankan beban hidup mereka. Dan/atau, mereka motivasikan masyarakat agar kreatif supaya bisa berjaya dalam sistem tersebut.. dan andai kata mereka tidak berjaya maka salah ke atas mereka, bukan salah sistem yang diikuti. Jenis pertama ini akan berusaha membantu masyarakat untuk - bagaimana nak survive dalam sistem dan memberi mereka harapan untuk berjaya dalam sistem. Jenis pertama ini tidak tahu bagaimana sistem itu dilaksanakan, tapi mereka tahu bagaimana nak berjaya dalam sistem itu. Mereka tidak fikirkan bagaimana sistem itu dilaksanakan, sama ada sistem itu adil atau tidak, tapi mereka tahu/ ke arah bagaimana nak berjaya dalam sistem itu.

Ada juga manusia nak membantu masyarakat dengan berusaha untuk mengubah sistem. Mereka tidak sibuk dengan kerja amal, tapi mereka berusaha sedarkan masyarakat bahawa sistem yang diikuti majoriti telah lari daripada yang diharapkan oleh founder sistem itu.. jenis ini mungkin pandai cakap sahaja, tapi tidak tahu nak lakukan apa-apa. Mereka tidak seberapa dengan kerja amal, kerna mereka sibukkan diri dengan memahami bagaimana sistem itu dilaksanakan, dan bagaimana nak sedarkan masyarakat bahasa sistem yang diikuti majoriti itu hanya mendatangkan faedah kepada golongan tertentu sahaja. Mereka ada kalanya membuat program untuk menyedarkan masyarakat akan sistem yang diikuti majoriti.

Jenis pertama seperti usaha Bill Gate (tak sama 100% seperti penerangan untuk jenis pertama di atas, contoh diberi agar memberi kejelasan sedikit kepada pembaca), jenis kedua pula seperti usaha Karl Marx(tak sama 100% seperti penerangan untuk jenis pertama di atas, contoh diberi agar memberi kejelasan sedikit kepada pembaca). Mungkin juga ada yang pilih dua-dua. Dia tahu sistem majoriti itu corrupt maka dia bantu masyarakat untuk survive dalam sistem corrupt itu dan pada masa yang sama dia berusaha sedarkan masyarakat awam bahawa sistem majoriti itu telah corrupt atau pada awalnya dah memang corrupt. Dan ada juga jenis keempat, yang hanya jadi seperti observer... seperti aku kah kah kah... observer useless....
.
.
.
.
.
.

Konklusi mudah
1. Jenis pertama
*Bagaimana nak berjaya dalam sistem. Kalau tak berjaya kerna salah kau, bukan salah sistem.

*Atau, bantu masyarakat untuk ringankan beban mereka tanpa menyuruh mereka untuk berusaha agar berjaya dalam sistem itu.

2. Jenis kedua
Nak berjaya dalam hidup adalah dengan mengubah sistem, agar makna gembira tidak dipengaruhi satu peratus dengan makna gembira fahaman sistem diikuti itu.
Kita perlukan sistem baru, bukannya menyuruh manusia untuk berusaha berjaya dalam sistem itu.

3. Jenis ketiga
Dua-dua diatas.
Mereka berusaha membantu masyarakat, buat kerja amal, dan pada masa yang sama berusaha untuk menyedarkan manusia bahawa sistem itu telah lari daripada fitrah manusia kerna sistem itu telah memberi makna gembira atas material, kemasyuran...dll. mereka bantu beri motivasi agar berusaha berjaya dalam sistem.

Atau, mereka berusaha bantu buat kerja amal, tapi tidak menyuruh semua masyarakat untuk berjaya dalam sistem majoriti itu, kerna dia tahu, bukan semua manusia akan berjaya kalau berusaha untuk berjaya dalam sistem itu, hal ini kerana makna berjaya lain untuk setiap insan. Mereka tidak suruh untuk berjaya dalam erti material, tapi mereka hanya bantu dalam kerja amal, dan menyuruh insan lain untuk cari dan tahu apa makna gembira yang sebenarnya.

(Ada kontradik kalau dinyatakan kedua-dua diatas, tapi hubungan ada untuk dua-dua walaupun bukan semuanya ada, maka ayat yang sesuai adalah 50 untuk jenis pertama, dan 50 untuk jenis kedua.)

4. Jenis keempat
Useless macam aku... useless observer atau tidak kisah apa apa pun...
.
.
.
.
Bukan fakta....hanya pendapat jahil aku...

Ulasan

Catatan Popular