Magic

Dia reka dunia magic untuk lari daripada realiti hidupnya... tapi sampai bila dia bisa bertahan... sampai bila dia mengabaikan realitinya... kekosongan yang wujud dalam hatinya telah mengajarnya untuk tidak lagi cintai material, kerna material hanya kegembiraan ilusi... kekosongan yang telah lama dia rasai, telah mengajarnya untuk tidak lagi terlalu berharap perkara yang mustahil, dia hanya belajar untuk menerima dan belajar untuk menyukai sesuatu bukan kerna hasil, tapi kerna cinta...

Broken soul... itulah nama yang dia bisa fikirkan untuk dirinya... dia suka berseorangan walaupun adakalanya terasa sangat sakit.. tapi bila dia tidak berseorangan, dia hanya rasai kepalsuan kerna khayalak hanya ilusi untuk lari daripada persoalan hatinya... dia asyik berfikir mana lebih baik berseorangan atau bersama khayalak?... dia tahu jawapannya... dia tahu apa jawapan yang benar.. dia kan rosak.. soulnya rosak.. jika dia suka bersendirian maka jawapan yang benar untuk soalan itu adalah lebih baik khayalak... kerna broken soul telah merosakkan pemikirannya....  maka andai kata dia memilih berseorangan maka jawapan yang benar adalah khayalak... itu logiknya....

Dia telah lama seperti itu.... berapa tahun berlalu hanya kedalaman lembah sahaja bertambah.. semua berubah... hatinya menilai sesuatu berdasarkan broken soulnya... dia memilih shadow sebagai karekternya... agar dia tidak disedari kewujudannya... dia kata... buat apa kemasyuran andai kata hati aku rosak... dia lari daripada dirinya sendiri... dia lari daripada impiannya sendiri... dia hilang dikala dia disedari ramai... dia kata... aku tidak mahu dikenali, kerna kenal hanya menakutkan aku.. kenal aku bermakna kenal kekosongan... kenal aku bermakna kenal the broken soul... lebih baik anggap aku tidak wujud....kau kenal aku maka kau  bakal lari dari aku...kau kenal aku maka kau akan berfikir jauhi lebih baik daripada teruskan...aku faham itu... sedangkan aku sendiri pun cuba menjauhkan diriku dari aku sendiri....itu katanya... itu nilainya...

Cinta datang menyentuh hatinya, tapi dia tepis dan lari ke arah yang jauh, ke arah tempat yang asing untuk dirinya, dalam dan luar dirinya... logiknya... bagaimana sesuatu yang rosak dicintai?... tipu... barang rosak tidak perlu dicintai, tapi perlu dibuang untuk diganti yang baru... barang yang rosak tidak perlu diperbaiki, kerna baiki akan ada bekas kerosakan... andai kata ada barang yang lebih baik daripada barang yang rosak kenapa masih memilih barang yang rosak? ... ya, dia tahu dia bukannya barang... tapi kisah persekitaran mengajarnya... barang tetap barang... apatah lagi ini era moden... barang hidup atau tidak hidup tetap jua barang, barang yang bisa menambah nilai di akaun...

Cinta datang lagi ke dalam hatinya, tapi kali ini dia tidak lari, kerna dia tidak lagi percaya akan cinta... baginya cinta yang wujud dalam hatinya adalah ayat lain untuk "harapan palsu". Perkataan "cinta" adalah perkataan yang lain untuk "harapan palsu"... yang palsu perlu dia jauhi agar dia tidak dikelirukan dengan kisah palsu yang bakal "menggembirakan" hatinya.... kisah cinta hanya kisah ilusi moden, untuk lari daripada kepenatan bekerja moden... kisah cinta hanya kisah dilayan untuk melupakan kepenatan bekerja moden... kisah cinta hanya salah satu alasan untuk berusaha berjaya dalam era moden ini... kisah cinta hanya kisah ilusi untuk melupakan dirinya daripada merasai kekosongan hatinya... mana lebih baik layan kisah cinta ilusi atau layan kisah real kekosongan? Dia tahu dia salah... tapi itulah namanya the broken soul.... tapi andai kata dia salah kenapa dia ada lihat di real... kenapa dia ada lihat kisah itu andai kata dia salah? Atau dia broken, maka dia tidak layak menilai, dia tidak layak memerhati...., kerna broken akan hasilkan nilai yang broken, maka dia telah tambah nilainya sendiri ketika dia menilai dan menulis hasil pemerhatiannya... hasilnya adalah kisah broken yang dia sendiri reka untuk beri alasan... benarkah? Bukankah memangnya benar... logiknya... kalau broken soul menilai maka hasilnya adalah broken.. dan broken akan salah menilai... konklusinya... dia salah.... tapi kisah ini indah dilayan kerna broken telah menjadi penemannya.. layan untuk dirinya bersendirian tanpa perlu dia dipercayai... sebab itu dia suka bersendirian... Kerna bersendirian, maka dia tidak perlu difahami.... katanya.....berapa ramai manusia pelik mengatakan bahawa dia faham akan aku, tapi aku tidak pun menunjukkan diriku yang sebenar... aku hanya berlakon untuk  menambahkan kisah, agar kisah itu kelakar, agar ada kisah kebodohan, agar aku nak tahu... sama ada aku gembira ketika khayalak atau aku gembira merasai kisah broken ketika aku bersendirian... tapi sejak bila seseorang itu gembira andai kata kisah itu hanya lakonan untuk menyembunyikan kisah kosongnya... mungkin aku diketahui berlakon... tapi bukankah berlakon di era ini seperti semestinya, untuk survive dalam khayalak? Atau aku salah? Yang aku salah... kerna aku broken....

Dia broken, maka dia suka baca buku broken, baca manga broken, layan anime broken... tulis ayat broken... fikir ayat broken, tulis kisah broken.. faham ayat broken... dia rasa gembira walaupun kegembiraan itu bakal bertukar menjadi kekosongan.. tapi itu sahaja yang dia tahu.. itu sahaja yang bisa menyentuh hatinya yang rosak itu...

Kerna itu, dia lari daripada society, dia jadi shadow agar society tidak menyedari kewujudannya... dia jadi shadow agar tiada sesiapa mengganggu kisah brokennya... dia rosak... dia tahu dia rosak maka dia pilih bersendirian... dia itu tidak suka disedari kewujudannya.. baginya lebih baik dia berkurung di dunia kecilnya berbanding dia dikawal di dunia besar masyarakat... lebih baik di berada seperti di dalam gua, andai kata kisah di luar hanya kisah material yang telah diilusikan dengan penambahan perkara-perkara yang bisa menyedapkan hati...

Dia broken, dia juga terasa indah melayan kisah broken hasil fantasi rekaan manusia lain, yang dizahirkan dalam kisah anime, manga, drama, mungkin juga movie... kisah broken itu mengajarnya untuk mengenal lagi hatinya yang broken, dan apabila dia kenal hatinya yang broken, maka dia bisa menulis ayat rekaan atau ayat real, untuk dijadikan sastera rosak sebagai peneman hatinya... sastera rosak itu adalah kisah perjalanan hatinya mencari dirinya... agar dia bisa berubah.... mungkin...
.
.
.
.
.
.

Ulasan

Catatan Popular