Ilmuwan
3.58 pagi
Aku nak jadi ilmuwan fizik-falsafah, tapi setelah tiga tahun ijazah, dan di tahun keempat ini, baru aku sedari, aku ini tidak sesuai dalam bidang ini. Aku selalu lawan akan kebodohan aku, untuk berusaha jadi ahli fizik hebat. Dan, akhirnya aku sedari, akan kebodohan aku, setelah penat melawan masalah psikologiku ini. Tapi, ada masalah psikologi atau tidak, hasilnya tetap sama, a loser is always a loser, and a winner is always a winner... welcome to reality. Apa yang aku mampu buat, sekadar susun ayat untuk sedapkan hati ini.
Sebenarnya, aku nak jadi seperti Prof Shahidan, bisa berbicara mengenai fizik, dan juga falsafah, dan juga metafizik, kerna dia layak berbicara. Aku pula, minat semua itu, tapi aku tidak layak untuk berbicara akan semua itu. Aku berbicara mengenai falsafah sains, tapi aku bodoh sains, tak sedar diri bodoh, tak sedar diri tak layak untuk berbicara semua itu. Aku stop. Ada beza orang yang banyak baca buku sains, dengan orang yang pakar sains. Aku stop semuanya. Aku stop belajar tafsir sains mengikut pandangan alam islam, kerna aku tidak layak nak tafsir. Aku stop nak jadi hebat, dan akan belajar berusaha walau hatiku mati untuk hidup dalam era kapitalis ini. Aku terima aku, dengan internal death. Aku tolak aku, dengan anarki hatiku. Aku tolak semuanya, kerna, aku penat. What a loser.
Aku rasa, selepas semua ini habis, aku akan berhenti mencintai fizik, berbicara akan fizik dalam pandangan agama, dan, aku rasa ,aku nak stop membaca buku mengenai sains, kerna hati ini rasa sakit, apabila ketika membaca buku sains, hatiku sedari akan kebodohan aku, hatiku sedari akan kepincangan akalku mengenai sains teori.
Aku akan stop cita-cita aku, completely. Aku tak nak jadi ilmuwan, aku tak nak sambung master dan phd, aku tak layak untuk semua itu. Aku tak nak jadi philosopher, physicist, or became somebody, aku hanya nak jadi nothingness. Tapi, sebelum itu, aku nak laksanakan tugas aku sebagai anak sulung, dan setelah adikku habis belajar, dan mampu sara keluarga aku, aku akan pergi hilangkan diri aku di dunia ini, jalan ke serata dunia, untuk lupakan aku. Aku nak mengembara, kerja sambil mengembara ke seluruh dunia, bukan untuk lihat dunia, bukan juga untuk cari aku, bukan juga untuk create myself, tapi untuk lupakan aku yang telah lama lama hilang dalam dunia fantasi, dan juga untuk perbaiki sastera aku... sama ada perbaiki kerosakannya, atau rosakkannya lagi. Aku mengembara bukan untuk lihat dunia, aku mengembara untuk lupakan aku....untuk lupa siapa aku.
Dan, penting sekali, aku tak nak kahwin. Aku tak nak rasa perasaan ilusi itu, kerna bagi aku, perasaan ilusi itu sekadar sangkar untuk melupakan aku. Cinta adalah perasaan ilusi, untuk lupakan realiti aku, kerna cinta, akan ajar aku, untuk jadi watak utama dalam kehidupan si dia. Aku tidak mahu jadi watak utama, dalam kehidupan sesiapa pun, kecuali mungkin keluarga aku, tapi, selepas adik aku habis belajar, aku bakal gugurkan status watak utama aku, dalam pandangan mata keluarga aku, agar aku bisa lupakan aku yang ini.
Aku nak mengembara, bukan kerna nak lihat dunia, bukan kerna nak belajar budaya lain, bukan kerna nak tahu semua tempat, bukan kerna nak find who I am, bukan kerna nak create myself, bukan kerna nak cari kisah indah, bukan juga kerna nak kelilingi satu dunia, tapi aku nak mengembara kerna nak lupakan aku, walaupun mustahil. Mustahil untuk mengembara dan tinggal di kampung-kampung seperti tinggal di perkampungan negara jepun, dan lebih mustahil untuk lupakan aku. Tapi, kampung di negara Jepun seperti seronok, eh jap, rasa seronok dan indah dah lama pupus dalam hati aku... kampung di negara Jepun, sesuai untuk aku lupakan akan aku, kerna aku dah penat mengembara di alam fantasi, hanya untuk lupakan aku, mungkin suatu hari nanti, aku akan mengembara pula di alam empirikal, untuk lupakan aku....
...
Aku juga, nak stop berhenti tahu, akan hal-hal dunia, aku nak stop up to date perkara-perkara dunia. Apa yang aku dapat, andai kata aku tahu, sekadar depresi hasil akhirnya. Aku tak nak tahu apa yang terjadi di dunia ini, seperti mana aku tak nak tahu akan diri dan hati aku. Aku nak rasa kosong, agar aku bisa lupa akan aku, lupa akan siapa aku di dalam aku ini yang telah merosakkan aku.
Aku juga, nak stop berhenti tahu, akan hal-hal dunia, aku nak stop up to date perkara-perkara dunia. Apa yang aku dapat, andai kata aku tahu, sekadar depresi hasil akhirnya. Aku tak nak tahu apa yang terjadi di dunia ini, seperti mana aku tak nak tahu akan diri dan hati aku. Aku nak rasa kosong, agar aku bisa lupa akan aku, lupa akan siapa aku di dalam aku ini yang telah merosakkan aku.
Aku akan kurangkan kewujudan aku di realiti, pupuskan kewujudan aku di virtual, dan suicide aku di fantasi. Mungkin, blog ini saja temanku... dan, sesiapa yang kenal penulis blog ini, please, jangan kenal aku, dan please, jangan sebarkan kewujudan aku, dan please, jangan beritahu sesiapa akan kewujudan aku. And help me, dengan lupa akan kewujudan aku.... please... i hope, kau faham....
Ulasan
Catat Ulasan