Tidur
Dari kelmarin, aku tak tidur. Kelmarin, aku tidur sekitar pukul 7.30 pagi, selepas melayani fantasia jepun movie adaptasi anime (ao haru hide, itupun tak sampai endingnya, aku dah endingkan fantasia itu), dan bangun sekitar pukul 3.45 petang. Dan, sampai sekarang aku tak tidur, sekarang waktu adalah pagi (8.23 am). Di waktu ini, aku biasanya tidur, atau berkurung di bilik, melayan fantasia pembuat drama, movie, atau anime, tak pun baca buku. Sebelum dan selepas subuh tadi, aku layan fantasia koinaka, untuk lupa sementara tentang aku, dan masuk ke dunia fantasia, melihat karekter insan lain, aku di fantasia itu bukan jadi watak si watak utama tapi sekadar pemerhati useless.
Dan sekarang ini, aku di tepi tasik, selepas jogging, melihat air yang tenang, bertentangan dengan serabut hati dan akalku. Di tasik ini, ramai homo sapiens, tapi aku beruntung, kerna tiada yang kenal aku....
From an object, he became a shadow.... and.... then..... he want to become a nothingness....
Ulasan
Catat Ulasan