-hati sastera-

Hatinya, mula meminati sastera, tapi sastera itu menakutkan, kerna ia menyebabkan hatinya sensitif. Kalau boleh, dia tak nak minat sastera, agar dia bisa tumpukan akalnya kepada sains, tanpa perlu melayan hatinya. Tapi, ia dah terlambat, kerna hatinya mula kuasai jiwanya, bukan lagi akalnya. Hatinya mula suka akan sastera, dan sentiasa mencari sesuatu, untuk melayan perasaan, hasil minat sastera. Dia meminati sastera, walaupun ada kalanya, sastera menyakitkan, kerna, sastera yang dia faham, berbeza daripada kebanyakan. Dia minat sastera untuk dilayan psikologinya. Dia minat sastera, untuk dilayan di ilusinya, tapi di realiti, dia jauhi. Dia meminati drama korea, Jepun, movie china, yang berunsurkan romance, yang akhirnya, susah untuk dia 'keluar' daripada dunia drama itu, setelah habis dia layannya. Dia kata, dia perlukan semua itu, agar dia ada sumber sastera rosaknya. Dia, benar-benar telah sedari, bahawa dia meminati sastera.

Dia ingat kembali, di zaman sekolah menengahnya, dia itu, tidak minat akan sastera, dia lebih minat akan sains, tapi, setelah umurnya meningkat, dia mula suka akan sastera, kerna hidupnya ajar hatinya, agar dia meminati sastera, agar bisa tenangkan hatinya, ketika dia berseorangan, di malam hari.

Dia masih ingat, di zaman sekolah rendahnya, bagaimana dia bisa menangis, di kala mendengar lagu kesedihan cinta, bagaimana dia bisa, fahami lagu kesedihan cinta, walaupun umurnya masih mentah. Dia masih ingat, bagaimana dia memandang bintang, dengan tafsiran lagu di mindanya, dengan mainan lagu di mindanya. Dia masih ingat, bagaimana dia melayan kesedihannya, kerna rasa cinta yang bertepuk tidak berbunyi, dengan layan bersama minuman, bersendirian. Dia masih ingat minuman itu, minuman yang dia akan minum, di kala dia rasa kesedihan.

Dia masih ingat, di kala dia membaca syair, atau puisi, atau tulisan suatu ketika dahulu(sekolah menengah), dia tidak rasai secara rasa, tapi di kala ini, sebuah syair atau puisi, bisa masuk ke kalbunya dengan senang, walaupun dia tafsir akan puisi atau syair itu, berdasarkan pengalamannya sendiri. Dan, dia kini hendak cuba, fahami rasa yang dirasai, oleh penulis terkenal, yang ada mental illness. Hidupnya benar-benar telah melatih hatinya, agar meminati sastera, walaupun dia dididik untuk menjadi ahli sains.

Dia, di zaman sekolah rendah, adalah ahli sastera juga ahli saina, dan di kala dia memasuki sekolah menengah, dia adalah ahli sains, dan apabila dia memasuki universiti, dia adalah ahli sastera, dan pada masa yang sama, dia tidak bisa abaikan, bahawa dia ambil sains. Sastera hatinya, sains akalnya. Dan dia juga, bermasalah akan psikologinya.

Dia latih akalnya untuk meminati sains, tapi hidupnya latih hatinya, agar meminati sastera.

Dia latih akalnya agar minat akan ideologi, tapi akhirnya dia abaikan ideologi, kerna sasteralah bisa menjadi teman terbaik, kepada psikologinya. Tapi, bagaimana campur semuanya, agar bisa menjadi cerita.....?

Sastera yang dia fahami benar-benar bahaya, kerna ia menghancurkan realitinya,
menghancurkan impian sainsnya. Sastera ini memang berbahaya, kerna sastera telah dia gunakan, untuk embrace his mental illness.  Lain daripada sains, kerna di kala dia lakukan sains, dia sedari dia tidak layan akan depresi hatinya, mahupun perasaan hatinya, tapi dikala dia lakukan sastera, dia ditemani oleh perasaannya dan psikologinya. Sastera dan sains ini memang berbeda... dengan sastera, dia ditemani akan psikologinya dan perasaannya, tapi dengan sains, dia hanya ditemani oleh akalnya sahaja, tanpa perlu merasai rasa yang dirasai ketika lakukan sastera. Sastera menakutkan, kerna ia corrupt kan lagi, jiwanya, dengan fahaman akan embrace kan lagi, mental illness dirinya.. tapi dia tidak tahu, kenapa dia suka rasa itu.... rasa keindahan menari sambil senyum, di kala lagu kesedihan cinta, didengari.




Mana pilihan yang sesuai dengan kalbunya, dengan sanubarinya?

Ulasan

Catatan Popular