-tarian 2-

Menarinya aku, bukan kerna kegembiraan, tapi kerna kesedihan.

Menarinya aku, bukan kerna lagu kegembiraan yang aku dengari, tapi lagu berunsur kesedihan yang menusuk kalbuku, hinggakan aku menari bersendirian.

Aku belajar untuk menari sambil senyum, dikala aku mendengar lagu kesedihan cinta.

Aku belajar menari sambil senyum di akalku dan hatiku, dikala aku mendengar lagu kesedihan cinta.

Aku belajar menari sambil senyum, di kala mental illness ku, datang menusuk kalbuku.

Aku belajar senyum, di kala depresi ku datang menjelma ke dalam sanubariku.

Aku belajar menari sambil senyum di akal dan hatiku, sambil mendengar lagu kesedihan cinta, apabila wanita yang aku cintai, tidak sedari akan kewujudanku. Dan, perasaan itu indah, untuk manusia seperti aku, yang habiskan masanya, di dalam ilusi akal dan hatinya.

Terasa lelah dan penat, tapi apakan daya, daripada aku sengsara kerna realiti cinta, lebih baik aku sengsara kerna di ilusi cinta. Di ilusi cinta aku lemas, tapi di realiti aku senyum. Bukankah itu terbaik, daripada aku lemas di realiti, tapi senyum di ilusi. Lebih baik, aku senyum di realiti, tapi lemas di lautan ilusi, kerna cinta itu hanya ada di ilusiku sahaja.


Indahnya menari, di kala lagu kesedihan cinta datang menusuk kalbuku........kerna aku dah lama belajar senyum, di kala kesedihan cinta datang ke dalam hatiku. Dan, aku tidak tahu, bagaimana lagi, nak senyum dan gembira, ketika wanita yang aku cintai memandang aku, bercakap denganku, ketawa dan senyum, di realiti.

Aku tidak tahu, bagaimana lagi, nak bergembira, di kala wanita yang ku cintai, sedari akan kewujudanku, kerna aku tahu, apa pengakhirannya. Lebih baik, aku gembira dan menari, di ilusi ku, kerna keindahan pain cinta, daripada aku gembira, hanya kerna ilusi cinta di realiti. Bukankah ilusi cinta, perlu di layan di ilusi, bukannya di realiti? Bukankah cintaku di realiti, sekadar ilusiku? Maknanya, aku tidak perlu tahu, dan tidak perlu belajar, bagaimana nak bergembira, di kala wanita yang aku cintai, sedari kewujudanku di realiti...... kerna... ilusi jua pengakhirannya.


























Ulasan

Catatan Popular