-lagi, ilusi-

Dia menari di dalam mindanya,
menari ditemani dengan lagu depresi,
lagu pain cinta,
juga lagu kesedihan.
Tapi, dia tidak tahu,
kenapa tarian itu,
memuaskan hatinya,
dia tidak tahu,
kenapa tarian itu,
menggembirakan hatinya,
walaupun tarian itu,
adalah hasil kerna kesedihan,
dan, keperitan realiti cinta.

Dia menari,
bagaikan mabuk kerna candu.
Ya, dia mabuk kerna candu,
dia kecanduan cinta,
dia menari kerna keindahan candu cinta.
Dia menari kegembiraan,
walaupun tarian itu hasil kepedihan,
hasil kesengsaraan.
Dia itu,
senyum dikala kepedihan cinta,
senyum itu, bukan sekadar external,
tapi, hatinya juga senyum,
di kala dia rasai kesakitan cinta,
kerna, bagi dirinya,
candu cinta itu,
telah mengelirukan hatinya.

Dia kecanduan cinta,
menarinya kerna kesedihan,
menarinya di internal,
bagaikan kemabukan cinta,
yang hasilkan kegembiran.
Dia menari,
bersama lagu kesedihan,
agar tariannya itu,
bisa lahirkan kegembiraan.

Ah! Indahnya candu cinta ini,
kerna ia memperbanyakkan ilusiku,
agar aku bisa menari lagi,
berseorangan di alam ilusiku.
Tarianku ini,
mengasyikkan,
kerna rasa pedih hasil candu,
memberi ku semangat, untuk menari,
di kala lagu kesedihan didengari,
oleh telinga ini.

Aku menari, dan senyum,
berseorangan tanpa teman,
kerna bagaimana bisa menariku ditemani,
andai kata, tarianku ini,
sekadar di fantasiku?

Dia menari, dan menari.
Tarian itu membingungkan,
kerna hasilnya kegembiraan,
walaupun sumbernya adalah kesedihan.
Sama, seperti sastera rosaknya,
sumber sastera itu adalah kesedihan,
tapi kesedihan itu menggembirakan hatinya.

Indahnya cinta,
kerna pain yang ia beri,
memberiku ilham,
walaupun ilham itu,
aku rosakkan,
dalam sastera rosakku.

Ah! Aku hancur ditelan candu kecintaan,
tapi, aku rindu akan dirinya,
aku rindu akan senyumannya,
tawanya, personalitinya, wajahnya.
Kerinduanku ini bisa hilang,
di kala wajahnya muncul dalam realitiku,
walaupun, dia tidak sedari kewujudanku,
walaupun dia tidak selalu aku jumpa.

Aku rindu akan dia,
walaupun dia tidak mengenaliku.
Tapi, itu yang terbaik,
kerna kenal tak akan cinta.
Lebih baik,
dia tidak sedari kewujudan aku,
agar aku bisa mencintainya,
di ilusiku, sahaja.

Dan, cinta ini indah,
kerna dia tidak wujud di dunia virtual,
dia hanya bisa aku pandang,
sementara, hanya di empirical sahaja.
Dan, di kala dia berlalu pergi,
rinduku tidak bisa aku ubati,
dalam dunia virtual.
Sebab itu,
cinta ilusi ini indah,
kerna dia hanya wujud di empirical sahaja.
Senyumannya,
hanya bisa aku pandang,
di dunia realiti, sahaja.
Terima kasih,
kerna awak shadow,
di dunia virtual,
kerna kewujudan kau,
tidak ditemui,
di dunia virtual.
Itu yang terbaik,
kerna itu,
aku suka awak.

Hanya dari jarak yang jauh.




Dan.....

Biarlah dia mencari lain......
dan, lepas ini,
aku akan belajar,
agar aku tidak lagi memandangmu,
kerna,
di kala aku memandangmu,
hatiku berharap,
agar awak bisa temani aku.
Tapi, aku tahu,
itu mustahil.

Aku akan belajar,
untuk tidak lagi memandang wajahmu,
aku akan belajar,
untuk melupakan awak,
aku akan belajar,
untuk jauhkan diriku,
aku akan belajar,
untuk lupakan rinduku ini,
kerna, aku takut,
awak sedari kewujudan aku,
dan aku takut,
andai kata awak mengenali aku...








Ulasan

Catatan Popular