SCARLET
Sejak minggu lepas, aku layan fantasi Scarlet
(Korean drama). Dan, aku baru episode 9. Aku harap, kisah drama ini sedih,
kerna aku perlukan kesedihan, untuk hasilkan sastera rosak aku. Hero, aku
harap, dia menjadi jahat, dan heroin, bukan, pilih hero, tapi, seronok andai
kata, ending drama itu, heroin akan bersama putera ke lapan, bukan hero (putera
ke empat). Hero menjadi jahat, dan heroin, tidak suka akan hero. Aku harap
heroin tak akan pernah suka hero. Kerna, di saat ini (episode 9), heroin suka
akan putera ke lapan, bukannya suka akan putera ke empat. Aku harap, ia akan
kekal, tanpa berubah cinta, ke putera ke-4.
Aku nak, putera ke-4, menjadi jahat, dan
membunuh semua saudaranya, kerna dia nak takhta, untuk membalas dendam, kepada
ibunya, juga abangnya (putera ke-3).
Heroin, tidak diperlukan, untuk mengubah
sejarah putera ke-4 itu. Heroin tidak diperlukan, untuk mengubah putera ke-4
menjadi baik, heroin hanya diperlukan, untuk menjadikan hero (putera ke-4)
menjadi jahat, dan berjiwa memberontak, kerna bukankah itu namanya cinta? Cinta
menjadikan manusia jahat, dan bertambah jahat. Biar, heroin, suka akan putera ke-8, sampai
tamat, kerna, aku tidak mahu, putera ke-8 pula menjadi jahat, kerna cintanya
ditolak heroin.
Itu, keinginan personaliti aku, tapi, untuk
personaliti aku yang lain, dia(aku), nak bukan hero yang menjadi jahat, tapi
putera ke-8 menjadi jahat, kerna cinta. Aku nak heroin berubah cinta ke putera
ke-4, walaupun heroin setakat ini (episode 9) cinta akan putera ke-8. Tapi, aku soal, bukankah heroin tunjukkan
cinta kepada putera ke-8, maknanya, adakah bagus, andai kata, heroin berubah
cinta, dan meninggalkan putera ke-8? Kalau di realiti, andai kata berlaku,
heroin itu akan dihina, kerna tinggalkan lelaki, yang kata cinta kepadanya, dan
dia(wanita) juga tunjukkan cinta kepada lelaki itu. Tapi, ini fantasi, makanya,
aku nak dia tinggalkan putera ke-8, walaupun heroin itu tunjukkan cinta kepada
putera ke-8 itu.
Tapi, aku asyik berfikir, bagai mana andai
kata itu berlaku di realiti? Adakah kau/aku, nak ditinggalkan wanita, yang kita
cinta kepadanya, dan dia tunjukkan cinta kepada kita, dan memilih lelaki lain,
umpama kita ini sekadar watak sampingan di dunia kita sendiri? Di, dunia
fantasi, memang wajar heroin memilih hero, kerna di fantasi hero adalah hero,
tapi bagaimana dengan di dunia realiti, siapa hero, dan siapa yang bukan hero,
kerna, tak semestinya kau hero di dunia kau sendiri.
Jawapannya senang saja, kita selalu anggap,
hero harus bahagia di pengakhiran drama/cerita. Dan, kita tidak mahu kisah
pengakhiran sedih, kerna kita anggap kita pun nak kegembiraan di akhir hayat.
Makanya, jangan compare realiti dan fantasi, kerna di fantasi, kita adalah
watak utama, kita akan pilih watak utama, kerna di adalah watak utama.
Tapi, ada satu saat, kau akan terasa, karakter
selain watak utama, sesuai dengan karakter kau di realiti, kan? Watak sampingan
loser di dantasi, dan andai kata, kau juga loser di realiti, maka kau akan
anggap, karakter itu, adalah karakter kau, kan? Kerna, kau seperti melihat
cermin, cermin yang dijadikan tempat untuk membandingkan kau dan watak loser
itu, kan?
Kan seronok, andai kata, pengakhiran drama
ini, tidak seperti apa yang hati aku nak. Aku suka pengakhiran gembira, tapi,
perlu diingat, bukan semua manusia akan dapat pengakhiran, yang diiginkan. Dan,
kalau semua nak pengakhiran yang indah, siapa yang nak pengakhiran sedih, di
fantasi? Sedangkan aku, di fantasi aku sendiri, ada kalanya aku adalah orang
jahat, ada kalanya aku berjiwa corrupt, di dunia fantasi aku sendiri. Ada
kalanya, aku ini jahat, di dunia fantasi aku sendiri, jahat bukan external,
tapi, pemikiran, kata-kata, dan utama sekali, aku jahat, kerna psikologi aku
jahat, aku jahat kerna, aku ada masalah mental, di fantasi, seperti karakter
Harley Quinn.
Ulasan
Catat Ulasan