-asyik-
Kalau di dunia ini
Kita asyik dengan kita sahaja
Kita tak kan tahu kisah lain
Yang berlainan daripada kisah kita.
Kalau di dunia ini
Kita asyik dengan manusia lain sahaja
Kita tak kan tahu kisah kita sendiri
Yang berlainan daripada kisah sekeliling.
Di dunia ini
Makin banyak kita membuat keputusan
Makin sikit manusia yang rapat dengan kita
Dan makin banyak masa
Kita pilih untuk bersendirian
Membuat sesuatu yang kita sukai.
Kalau di dunia ini
Kita asyik bersendirian
Makin hari kita akan lebih suka
Lari daripada masyarakat.
Kalau di dunia ini
Kita asyik bermasyarakat
Makin hari kita akan lebih
Rasa bosan andai kata bersendirian.
Adakah kita ada impian?
Impian yang membuatkan kita bersemangat hidup
Impian yang kita bawa tidur
Bawa mandi
Berjalan
Berlari.
Impian yang kita sendiri tidak boleh buang.
Impian yang bisa hancurkan kita
Andai kata tidak terkawal pengaruhnya.
Adakah kita ada jatuh cinta dengan seseorang?
Adakah kita menjadi jahat
Atau adakah kita menjadi baik
Kerna percintaan?
Kalau percintaan itu
Membawa kesedihan
Adakah kita bertambah 'wise'
Dalam kehidupan?
Kalau percintaan itu
Bertepuk sebelah tangan
Adakah kita menjadi jahat
Atau belajar menerimanya sahaja
Dengan hati terbuka?
Kalau dalam percintaan
Kita dikhianati
Atau
Kita ditinggalkan
Adakah kita menjadi jahat
Atau rela sahaja
Kerna cinta tidak bisa dipaksa?
Adakah kisah kehidupan yang memeritkan
Membuatkan kita bertambah baik
Atau membuatkan kita jahat?
Adakah kerna kehidupan menghancurkan kita
Kita bertukar menjadi jahat
Kita bertukar hati menjadi binatang
Menutup suara kebaikan
Yang ada di dalam hati?
Adakah kerna dunia tidak memihak kepada kita
Kita lari daripadanya
Atau kita lawan
Atau kita malas nak lawan
Dan malas nak lari?
Inspirasi : someday, when we remember this love, we will surely cry.
Ulasan
Catat Ulasan