-love is an illusion -

Cinta
Tahu tak kenapa dia kata cinta itu ilusi
Kerna cinta memang ilusi
Untuk manusia sepertinya.
Dia mula fobia dengan cinta dua hala
Maka dia gembira hanya untuk cinta sehala.
Dia belajar untuk gembira
Rasai pain cinta sehala
Kerna dia takut untuk dicintai
Kerna cinta bisa hilang
Cinta hanya sementara waktu sahaja.
Dia takut untuk dicintai di realiti
Kerna dia selalu anggap
Cinta di realiti adalah palsu
Adalah ilusi.
Dia takut
Dia diabaikan
Ditinggalkan
Seperti mana
Dia abaikan dirinya
Dia tinggalkan dirinya sendiri.

Dia benar-benar fobia
Akan cinta dua hala
Kerna hidupnya ajar
Bahawa manusia sampah sepertinya
Tidak layak merasai cinta dua hala
Sedangkan dari dulu sampai sekarang
Dia hanya bisa rasa cinta sehala sahaja.
Hanya dia sahaja yang cinta
Dan cintanya langsung
Tak pernah dibalas.
Kerna itu
Dia asyik berfikir
Bahawa manusia sepertinya
Selama-lamanya tak akan
Merasai cinta dua hala.
Dan andai kata ada cinta dua hala
Dalam hidupnya
Ia hanya sementara waktu sahaja
Cinta dua hala itu
Sekadar ilusi sahaja
Yang hanya ada di imaginasi sahaja.








....
Inspirasi : someday, when I recall this love, I will surely cry (japanese drama)

Ulasan

Catatan Popular