-blog-
Blog ini sahaja, tempat aku kisahkan perasaan dengan kata-kata menggunakan tulisan, kerna aku malas nak kisahkan cerita aku, kepada manusia sekeliling.
Blog ini sahaja, tempat aku kisahkan kekalahan aku, dalam kisah percintaan, dan juga, kisah kekalahan aku, dalam melawan, monster psikologi ku.
Kenapa aku tulis di blog, bukan di FB?
Kerna, blog ini, hanya aku seorang sahaja tahu, akan kewujudannya, dan kemungkinan besar hanya aku seorang sahaja tahu akan kewujudan blog ini, selama-lamanya.
Kerna, kemungkinan besar, hanya aku seorang sahaja, yang membacanya.
Kerna, aku nak baca semua ini, suatu hari nanti......
Hanya blog ini sahaja, teman terbaik aku....
Ulasan
Catat Ulasan