-percintaan, sekadar sastera penulisanku 3-

.... adakah tahun depan, saya masih mencintai awak....

saya tak sabar, nak baca semua tulisan ini, di kala hati ini, dah tidak lagi mencintai awak. Saya tak sabar, nak rasa, rasa hati ini, di kala awak tidak lagi mempengaruhi sastera hidup saya. Saya tak sabar, tak sabar sangat, nak baca semua tulisan ini, di kala hati dan tulisan saya, tidak lagi membicarakan cinta, mengenai awak. Saya tak sabar, nak rasa perasaan itu. Apa rasanya, andai awak tidak lagi ada, di hati saya ini?

Adakah, tahun depan, awak masih saya cintai? Adakah, tahun depan, awak masih lagi sumber inspirasi sastera saya? Atau, sumber inspirasi sastera itu, hilang, buat selama-lamanya?

Saya harap hilang, saya harap perasaan saya itu hilang, buat selama-lamanya, kerna di kala ini, hati ini, rasa seksa sangat, rasa sakit sangat, kerna mencintai awak, di kala awak, langsung tidak memandang saya, walaupun dengan 'cinta' itu, saya bisa hasilkan sastera tulisan saya ini. Tapi, cukuplah  untuk semester ini sahaja, sastera percintaan ilusi "ku" ini.

Adakah tahun depan, hati ini masih ada rasa cinta, rasa cinta kepada awak?



Jawapannya : *

* Di isi, semasa permulaan semester depan. (YA atau TIDAK)

tulisan ini di tulis, ketika saya berada di dalam bas, untuk rafting di Perak. Waktu sekarang, adalah 12.40 pagi.







Ulasan

Catatan Popular