-dunia 2-

Jangan kerna ego, kita anggap diri kita seorang sahaja yang apply ilmu.

Jangan kerna ego, kita anggap kitalah yang terbaik sekali.

Jangan kerna ego, kita anggap ideologi kitalah yang terbaik, sampai kita paksa manusia lain ikut ideologi kita.

Jangan kerna ego, kita anggap zahir yang kita tunjukkan adalah yang terbaik.

Jangan kerna ego, kita anggap kita seorang sahaja masuk ke syurga.

Jangan kerna ego, kita tidak boleh terima akan kepelbagaian.

Jangan kerna ego, kita anggap kita seorang sahaja berbakti kepada masyarakat.

Jangan kerna ego, kita lupa bahawa semua yang berlaku adalah atas kuasa Allah SWT.

Jangan kerna ego, kita merendah-rendahkan usaha manusia lain.

Jangan kerna ego, kita anggap usaha kita sahaja yang hebat, usaha manusia lain adalah sia-sia.

Jangan kerna ego, kita suruh manusia buat apa yang kita lakukan, 100 %.

Jangan kerna 'ego', aib manusia kita sebarkan.

Jangan kerna 'ego', agama kita jual.

Jangan kerna 'ego', kita copy kata-kata agama, dan paste kan kata-kata itu kepada manusia lain.

Jangan kerna 'ego', kita asyik mencari aib manusia lain sahaja, sampaikan lupa untuk ubat hati kita.

Jangan kerna ego, kita anggap kita ini hebat sehinggakan kita lupa tentang Pencipta.

Jangan kerna ego, kita anggap kita seorang sahaja pandai dan hebat....

Jangan kerna ego, hati kita menjadi buta.....

Jangan kerna kita banyak baca buku, kita anggap kita insan terbaik.

Jangan kerna kita banyak pergi dengar ceramah, kita anggap kita ini insan terbaik.

Jangan kerna kita pandai, kita anggap kita seorang sahaja pandai, kerna dunia ini bukan satu ilmu sahaja.

Jangan kerna kita bodoh dalam sesuatu bidang, kita anggap kita bodoh dalam bidang yang lain, sampaikan kita hina takdir.

Dan... belajar terima kepelbagaian dalam bermasyarakat, dan berdoa andai kata 'kepelbagaian' itu bertentangan dengan apa yang kita faham, jangan pula kerna kita tidak boleh terima kepelbagaian, kita hina dia, dan anggap kitalah insan yang terbaik di dunia ini.

Ulasan

Catatan Popular