-dunia-
Sekadar pandangan aku
Bahaya sangat lepak terlalu lama dengan masyarakat, kerna hati umpama bakal lupa rasa akan gembira bersendirian berfikir tentang alam.
Terlalu lama dengan masyarakat, menakutkan, kerna ego bisa bertambah. Beruntung manusia yang tidak tahu ego dia sedang bertambah, berbanding diri aku, yang hati dah rosak.
Asyik berfikir tentang masyarakat bahaya, kerna umpama ego dicabar. Bagaimana nak hilangkan ego, andai kata hati asyik melayan ego supaya terkenal di kalangan masyarakat.
Ego bahaya, kerna ia menghilangkan rasa kepelbagaian dalam bermasyarakat.
Sekali-sekali belajar untuk bermasyarakat, agar hati rasa akan kegembiraan dalam kepelbagaian.
Sekali-sekala belajar untuk bersendirian, agar hati bisa belajar memikirkan Pencipta.
Sekali-sekala belajar untuk jauhkan dunia dari hati, agar di kala dunia meninggalkan diri, ia tidak memberi kesan teruk ke atas hati.
Belajar untuk mengawal ego, mungkin juga hilangkan langsung dari hati, tapi jangan sampai maruah pula tergadai. Tapi boleh tak tak perlu kisah akan maruah, serahkan sahaja kepada Allah?
Ulasan
Catat Ulasan