-era pelik -
Era ini, era pelik......
Era ini, manusia mula diktator. Manusia anggap, bahawa usahanya seorang sahaja hebat, sampaikan manusia, suruh manusia lain, ikut apa yang dia lakukan. Manusia anggap, usaha manusia lain adalah sia-sia sahaja, berbanding usahanya, kerna usaha manusia lain, dianggapnya tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat, hanya usahanya sahaja, yang akan membantu masyarakat. Ada manusia yang suka merendah-rendahkan usaha manusia lain, sampaikan manusia itu menyusun ayat, untuk attack cara hidup manusia lain. Ada manusia yang memandang serong usaha manusia lain, kerna usaha manusia itu, tidak mendatangkan keuntungan material, dan tidak memberi faedah kepada masyarakat. Manusia itu, hanya menganggap, usaha dia sahaja, yang bakal memajukan masyarakat. Ada manusia, setiap hari, hanya sibukkan diri dengan menyusun ayat, semata-mata untuk menunjukkan, bahawa dia sahaja yang benar, untuk menunjukkan bahawa usaha dan tindakannya sahaja yang benar, manakala usaha manusia lain, adalah rendah berbanding usahanya sendiri. Ego manusia, memang menakutkan.
Manusia kata, perlu apply ilmu, tapi manusia tidak tahu, bahawa apply ilmu itu, bukan zahir semata-mata. Apply ilmu itu, tidak semestinya manusia lain tahu, kerna apply ilmu itu, ada yang diri sendiri sahaja tahu akan hal apply ilmu itu. Ada manusia yang kata, perlu apply ilmu, tapi diri sendiri tidak tahu apa itu ilmu, dan tidak tahu apa itu beza antara ilmu, maklumat dan pandangan, dan apa beza semua itu dengan ideologi. Manusia hanya tahu menyusun ayat, untuk menunjukkan bahawa dia seorang sahaja yang apply 'ilmu', manusia lain pula tidak apply ilmu. Manusia menyusun ayat, untuk menunjukkan bahawa cara apply ilmu nya sahaja yang terhebat sekali, dan manusia lain perlu apply 'ilmu' cara dia, dan cara lain, adalah tidak berguna, kerna tiada zahirnya, dan zahir yang ditunjukkan adalah tidak berguna, berbanding zahir yang ditunjukkan oleh dirinya sendiri. Dia anggap, zahirnya adalah terhebat, berbanding manusia sekelilingnya, sampaikan dia lupa, bahawa Islam itu bukan sekadar zahir, tapi termasuk juga unsur batin atau spiritual. Manusia itu, hanya sibukkan diri, dalan memerhati zahir manusia di sekelilingnya, tapi dia lupa, memerhatikan batin/hatinya sendiri.
Era ini pelik, apa yang banyak, manusia yang hanya tahu gunakan agama untuk komen cara hidup orang lain, guna agama kritik cara hidup orang lain, kritik zahir manusia lain, sampaikan agama itu, manusia anggap hanya sekadar kritik cara hidup orang lain sahaja, sampaikan mereka tidak tahu, bahawa ilmu Islam juga boleh digunakan untuk kritik ilmu moden, ilmu Islam juga boleh digunakan untuk hasilkan ilmu fardhu kifayah, ilmu Islam boleh digunakan untuk mentafsir fenomena alam ini. Apakan daya, kritik cara hidup manusia lain lebih senang, berbanding kritik ilmu moden, kerna manusia itu hanya perlu compare sahaja cara hidup diri sendiri, dengan cara hidup manusia lain di sekelilingnya, dan andai kata ada beza, maka perbezaan itu akan dikritik, menggunakan ayat copy paste daripada kalam ulama. Akhirnya, Islam itu dilihat sekadar halal dan haram sahaja, Islam itu dilihat sekadar kritik cara hidup orang lain sahaja, Islam itu dilihat sekadar cara hidup zahir sahaja, sekadar negara Islam sahaja, tanpa hati dan hikmah. Dan, umat Islam tidak tahu macam mana nak gunakan ilmu agama yang ada, untuk mengembangkan ilmu dunia. Hanya kerna dianggapnya Islam hanya sekadar haram dan halal, maka ia telah banyak membawa kepada perkembangan perdebatan yang tiada henti mengenai perkara khilafiyah, di mana masyarakat diberi pula peluang untuk memilih siapa yang benar. Dasar kebodohan demokrasi, sejak bila ilmuwan itu dipilih benar pendapatnya berdasarkan ikutan majoriti? Akhirnya(lagi), yang jahil makin jahil, yang phobia dengan Islam makin phobia dengan Islam. Dan, kita kekurangan manusia yang tahu apa fungsi ilmu agamanya dalam hal ilmu dunia, apa yang ada hanyalah sekadar tahu kritik cara hidup orang lain, sampaikan banyak kata-kata yang dikeluarkan semata-mata nak sentap kan manusia lain, sentap tanpa hikmah, akhirnya yang jahil makin jahil, yang menyampah dengan agama dan ulama makin banyak jumlahnya.
Aku manusia yang mana?
Tapi, aku adalah manusia yang lebih teruk, kerna tulis semua yang ada di atas.
Ulasan
Catat Ulasan