-percintaan ilusi dalan lautan realiti-
Dia cinta akan wanita itu, cinta sangat, tapi dia tahu, dia itu sekadar bayang-bayang, dalam pandangan wanita itu, bayang-bayang yang sama warna, untuk semua objek. Dia tahu itu, tapi dia juga tidak mampu, untuk mengawal hatinya, agar perasaan itu pupus untuk selama-lamanya. Dia rasa seksa, kerna rasa perasaan itu, tapi dia juga rasa indah, kerna rasa perasaan itu. Tapi, rasa seksa itu lebih real rasanya, berbanding rasa indah itu, kerna seksa adalah real di realiti, berbanding indah, yang sekadar di fantasi.
Boleh tak, untuk selama-lamanya, perasaan itu, tidak akan muncul lagi dalam hidupnya? Boleh tak, dia tidak mahu rasa lagi perasaan itu, buat selama-lamanya? Boleh tak, dia tidak kenal apa itu suka, kerna suka benar-benar menyakitkan, walaupun sakit kerna cinta, sentiasa merubah akan dirinya, personalitinya, hatinya, akalnya, malah tulisannya? Dia tidak tahu, sama ada dia perlu berbangga, atas sakitnya cinta, atau dia perlu bersedih, kerna sentiasa cintanya tidak dibalas. Dia bingung dalam kekeliruan, kerna dia hancur hasil psikologi cintanya, yang telah dirosakkan akan maknanya oleh psikologi mental illnessnya.
Apa yang perlu dia lakukan, kerna dia semakin hari, semakin hilang realitinya. Malah, psikologinya juga telah lama mengambil separuh realitinya. Kini, dia hanya seperti manusia yang hilang harapan, akan kegembiraan cinta, akan impian, akan semangat hidup. Dia seperti manusia mati yang masih hidup. Dia itu, memandang rendah akan dirinya, dan memandang hina akan dirinya, kerna dia sampah yang tiada fungsinya.
Ulasan
Catat Ulasan