-faedah kah-

Aku sentiasa tertanya-tanya
Adakah semua tulisan ini berfaedah kepada masyarakat atau tidak......
Tak berfaedah pun... aku tak tulis tulisan ini untuk berfaedah kepada sesiapa pun
Tulisan ini hanya penemanku
Dikala aku bersendirian
Tulisan ini sekadar penyelamat sementaraku
Daripada mental illnessku
Tulisan ini sekadar luahanku
Untuk aku ingat
Supaya tak hilang dari empirikal
Tulisan ini adalah jeritanku
Yang perlu aku ingat
Dan dengar selamanya
Tulisan ini adalah teriakanku
Yang aku tidak luahkan di empirikalku
Tulisan ini adalah tangisanku
Yang aku sembunyikan dengan senyumanku
Yang aku sekadar tunjukkan melalui cahaya mataku
Tulisan ini adalah amarah ku
Yang aku tak pandai luahkan
Tulisan ini adalah mental illness ku
Yang aku coba sembunyikan daripada manusia
Tulisan ini adalah anarkiku
Yang takut ku tunjukkan
Kerna ku tak mahu ada yang terluka di depanku
Tulisan ini adalah hatiku
Yang aku seorang sahaja tahu dan rasa
Tulisan ini adalah jiwa rosakku
Yang aku sentiasa lawan
Dan kalah juga akhirnya
Tulisan ini adalah ideologiku
Yang aku simpan sahaja sebagai perhiasan
Kerna ku tak mampu
Memilikinya dengan sempurna
Dan tulisan ini sekadar ilusi ku
Dalam permainan ayat
Dalam memper-indahkan kerosakan sastera ku.

Aku tak kisah pun
Tulisan ini dibaca atau tidak
Aku tak kisah pun aku dikenali atau tidak
Dan aku ini shadow
Kalau nak kenal pun
Aku lebih suka dikenali sebagai shadow

Tapi aku tak kisah
Andai kata kau kenal aku atau tak
Tapi lebih baik
Jangan kenal aku
Kerna aku takut
Kau bakal benci aku
Seperti mana aku benci aku

Ah!
Sampah saja semuanya...
Buat apa aku nak kisah semua itu...
Lebih baik aku lari saja daripada empirikal ini....














Ulasan

Catatan Popular