-inspirasi -

Sekarang ni, aku layan dua drama Jepun, MARS dan juga 'someday, when we remember this love, we will surely cry'. Dua-dua watak heroin aku suka akan personaliti dan karekter mereka. Masa aku menonton drama yang kedua itu, aku terfikir, aku nak usaha macam hero dan heroin, usaha bersungguh-sungguh walaupun berjaya itu seperti mustahil. Tapi, selepas aku fikir lagi, semua itu sekadar drama fantasi sahaja. Kenapa aku nak pantulkan drama itu ke realiti aku?

Masa aku menonton drama MARS- Tada, Kimi Wo Aishiteru, aku rasa tersentuh dengan karekter dan personaliti heroin. Aku teringat seseorang. Aku tidak tahu, sama ada aku suka wanita yang karekter seperti heroin itu, atau karekter yang bertentangan dengan heroin itu.

Ah! Kenapa aku layan perasaan, sepatutnya aku layan pemikiran. Tapi, aku nak rehat daripada layan pemikiran, sementara. Kerna aku nak latih, sastera aku.







































Ulasan

Catatan Popular