-masih adakah cinta-

Tadi, dia senyum
Ke aku.
Ya, aku tahu
Senyum itu sekadar
Hidup bermasyarakat
Dan dia akan senyum juga kepada semua.
Aku tahu itu.
Sebab itu
Aku tak harap apa-apa pun.
Malah tadi
Aku belajar untuk tak pandang dia
Aku belajar untuk tak sedar kehadirannya.

Tadi dia senyum
Kerna dia letak file di atas meja aku.
Dia ambil file itu
Sambil senyum
Mungkin kerna dia salah letak.

Aku rindu
Masih rindu
Malah aku harap
Senyumannya milikku seorang.
Aku masih berharap itu
Walaupun mulutku sentiasa kata
Aku tak harap apa-apa pun.

Aku suka dia
Tapi aku belajar untuk lupakan dia.
Aku suka dia
Tapi aku sentiasa
Memberitahu hatiku
Bahawa aku dah tak suka akan dirinya lagi.

Aku belajar untuk lupa semuanya
Kerna kisahku ini bukan kisah drama
Sekadar kisah realiti hidup seorang loser..

Dah tiba masanya
Aku sedar diri.
Sebab itu
Tadi
Aku tak pandang dia
Dikala aku keluar
Malah dikala dia berdiri di depan ku
Aku langsung tak memandangnya
Kerna aku takut
Harapan sia-sia ku menjadi kuat
Mempengaruhi hidupku
Untuk berharap benda mustahil.

Minta maaf
Sebab sampah seperti ku mencintai mu.



























Ulasan

Catatan Popular