-adakah-

kau mana
meng-fizikkan dunia
meng-biologikan dunia
meng-sasterakan dunia
meng-industrikan dunia
meng-demokrasikan dunia
meng-agamakan dunia
meng-sistemkan dunia
kau mana?

peminat fizik lihat dunia melalui pandangan fizik
peminat biologi lihat dunia ini melalui pandangan biologi
peminat sastera melalui sastera
peminat ekonomi melalui ekonomi
peminat politik dari kaca mata politik
peminat falsafah dari kaca mata falsafah
peminat sejarah dari kaca sejarah
peminat agama dari kaca mata agama.

Persoalannya
mana satu yang betul kaca matanya?
Agama? Tapi penganut agama perlukan ilmu lain, untuk hidup di dunia.
Fizik? Tapi fizik perlukan ilmu lain agar ia bisa ditafsir guna nilai pandangan alam masing-masing.
Ekonomi?
Politik?

Atau, in the first place,
soalan itu tidak wujud
kerna ilmu itu tidak perlu
di-diktatorkan,
begitukah?
Ego manusia
akan anggap apa yang dia lakukan
adalah terhebat, sahaja.
Dan, usaha manusia lain,
minat manusia lain,
sia-sia sahaja,
begitukah?

Atau ada hierarki dalam ilmu?













Ulasan

Catatan Popular