-pari-pari 6-

Dia penemanku
setiap waktu
setiap masa.
Di waktu rembulan bercahaya
dia di sisi ku
bergurau indah
sambil menghayati indahnya malam.
Bintang yang cahayanya baru menyentuh
sang bumi
setelah bertahun-tahun beredar
menjelajah semesta alam
menjadi peneman pengkisahan kami,
hujan tahi bintang pula menjadi saksi
kegembiraan kami.
Berlari bersama
mahu bersama
selama-lamanya.

Indahnya malam
kisah cerita kami
hanya berdua kami sahaja
yang tahu sebenarnya
sebuah kisah penghayatan malam.
Mahu aku
selamanya begini
walaupun dunia meng-anak-tirikan aku
aku tak kisah
asalkan pari-pari ini
masih senyum bermain di sisiku.
Lantaklah
apa dunia nak kata
apa si ahli akademik nak kata
asalkan aku bisa melihat alam ini
dengan mata bercahaya
dan berfantasia ilusi kegembiraan
yang akhirnya menjadi realiti.

Ulasan

Catatan Popular