-kasihan-

ku lihat dirinya kasihan
dia benarkan manusia lain buat kesilapan
tapi dia benci dirinya bila dia yang membuat kesilapan.

ku lihat dirinya kasihan
dia benarkan manusia ada kelemahan
tapi dia benci dirinya bila dia yang ada kelemahan.

ku lihat dirinya kasihan
dia terima bahawa manusia itu adakalanya membuat kesilapan
tapi dia benci akan dirinya
bila dia yang membuat kesilapan.

ku lihat dirinya kasihan
kerna dia baik sangka kepada manusia
tapi dia buruk sangka ke atas dirinya sendiri.

ku lihat dirinya kasihan
dia baik sangka kepada manusia lain
tapi dia buruk sangka kepada dirinya sendiri.

dia itu kasihan
kerna dia layan dirinya lain
berbanding dia layan manusia lain.

Ulasan

Catatan Popular