-pari-pari 15-

bangsanya sang pari
berdasarkan sejarahnya
terdapat banyak tulisan
dari sastera ke falsafah ke psikologi
hanyalah kegelapan erti cinta sahaja
kurangnya yang memuji indah
cintanya sang pari dengan bangsanya manusia.
ada yang tulis
"kenapa sang pari
perlu rasa cinta yang kekal
sedangkan bangsanya manusia itu
bisa jatuh cinta berkali-kali
kenapa bangsanya pari-pari
perlu merana kerna manusia,
bukankah lebih baik
bangsanya pari tidak bisa
rasa sahaja apa itu cinta."
ada yang tulis pula
"kenapa kami perlu rasa cinta
yang akhirnya hanya kesedihan sahaja
hasilnya?
bukankah lebih baik
andai saja cinta itu
tidak pernah kembang mekar
di hatinya kami, si sang pari."
"bangsanya manusia itu
ada penawar apabila cintanya ditolak
iaitu sekadar jatuh cinta lagi
tapi bagi kami
tidak akan ada penawar
apabila cintanya manusia kepada kami habis
hanya mati sahaja penawar akhirnya.
cinta itu
cinta sang pari kepada manusia
hanyalah curse semata-mata.
maka jauhi manusia
agar kamu bisa selamat
daripada curse itu,
cinta adalah curse
untuk bangsanya kita."

Itulah sasteranya bangsa pari-pari
hanya kegelapan erti cinta sahaja
penafsiran realitinya
sampaikan di era ini
setiap pari-pari itu
takut dan tidak mahu sama sekali
berjumpa manusia.

tapi, takdir telah menentukan
pasti ada satu daripada seribu
yang jatuh cinta kepada sang manusia
walaupun hati telah dikunci
jiwa telah dicuci maki erti cinta manusia.
tidak ada yang bisa lawan
takdir cinta sang pari
kepada sang manusia...

Ulasan

Catatan Popular